CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1555|Reply: 32

Kerajaan Dicadang Guna Kad Subsidi Khas Untuk B40, M40

[Copy link]
Post time 31-5-2023 04:01 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan dicadang menggunakan kad subsidi khas untuk pelaksanaan subsidi bersasar kepada golongan B40 dan M40.


Pengarah Eksekutif Data Sonic Corporation, BC Chuah berkata, kad subsidi khas berkenaan bertujuan memudahkan pelaksanaan subsidi bersasar melibatkan petrol, elektrik dan barangan keperluan harian termasuk gula dan beras.


Menurut beliau, DataSonic sudah bersedia untuk melaksanakan sistem berkenaan jika kerajaan setuju dengan kaedah yang dicadangkan.




Chuah (dua dari kiri) ketika sesi taklimat khas bersama media di Ibu Pejabat DataSonic pada Rabu.




“Dulu kita pernah (cuba) buat subsidi menggunakan MyKad. Saya rasa ada banyak kesusahan, stesen minyak tak suka.


"Jadi kita cadangkan dengan idea baharu menggunakan kad yang kita buat dan dapat subsidi automatik daripada kerajaan.


“Kerajaan perlu rancang satu piawaian dan kita bekerjasama dengan mereka agar kad ini senang digunakan,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat khas di Ibu Pejabat DataSonic Corporation di sini pada Rabu.


Turut hadir, Pengarah Eksekutif DataSonic, Danny Chew dan Pengarah Pembangunan Perniagaan DataSonic, Abdul Razak Mohd Nordin.


Datasonic Corporation adalah anak syarikat Datasonic Group Berhad, yang dikenali sebagai penyedia dan pembekal kad pengenalan MyKad dan cip pasport Malaysia serta pintu automatik di sempadan negara.


Jelas beliau lagi, pihaknya juga boleh berkongsi idea dengan kerajaan dan melihat apakah cara tersebut berkesan untuk memastikan subsidi sampai kepada golongan sasar.


"ihak kami sudah bersedia untuk mengeluarkan kad subsidi khas bergantung kepada keperluan.


“Apa yang kita perlu lakukan adalah duduk berbincang dan apakah yang diperlukan oleh kerajaan kita boleh sediakan,” ujarnya.


Mengulas lanjut mengenai perancangan masa depan syarikat berkenaan, Chuah berkata, pihaknya kini sedang menumpukan kepada tiga segmen iaitu menjangkau kumpulan yang tidak mempunyai akaun bank, penggunaan kad bank yang mesra alam dan perbankan digital.


Chuah berkata, sebagai contoh, pihaknya akan mencadangkan kepada bank yang ada di negara ini untuk menukar dan menggunakan kepada kad yang dikitar semula sebagai salah satu cara untuk menjaga alam sekitar.


“Kita sudah berbincang dengan beberapa bank dan mereka sudah sahkan (untuk menggunakan). Jadi beberapa tahun akan datang, semua kad akan tukar kepada kad baru ini,” katanya.


Beliau dalam pada itu turut yakin ketiga-tiga segmen itu adalah prospek perniagaan masa depan.


“Sekiranya berjaya mengembangkan perniagaan dalam tiga segmen ini, kami menjangkakan pertumbuhan pendapatan Datasonic Corporation bertambah sekurang-kurangnya 20 peratus setiap tahun, daripada sekitar RM60 ke RM70 juta ketika ini,” jelas Chuah.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2023 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ishk sakit hati baca
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon naikkan tangga gaji t20 tu rm50k sebulan
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Cukup2 lah nak rompak duit rakyat. Mcm2 system baru nak tukar sbb kroni punye project. TnG ,RFID, MySejahtera....dan ntah apa benda system lagi. Dulu tukar ke MyKad sbb konon nye nanti semua benda guna satu kad tu jer lah. So camner skrg?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 04:37 PM | Show all posts
natang mana pulak nak kena jadi supplier kad hitech ni?  ofkos kena ada pay wave chip rfid bagai kan...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Okay buat baik baik..Lu untung..wa untung..

Caj kad mesti ada
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2023 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kitaserupaaa at 31-5-2023 04:46 PM

Kenapa nak guna kad? Sekarang kan zaman digital. QR code sudah. Generate & readableby app & sentiasa berubah2 so susah nak klon. Cuma bila hp habis bateri payah la juga . Kalu owner m40 b40 tu pakai hp mahal2, boleh la gomen consider subsidi tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 04:44 PM | Show all posts
Instead of helping B40 become M40 and M40 become T20
he feel like better B40 and M40 stay in that class
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2023 04:46 PM | Show all posts
lurve82 replied at 31-5-2023 08:05 AM
Mohon naikkan tangga gaji t20 tu rm50k sebulan

apa susah. kad tu jual la pada T20 takpun sewa kan.
b40 ni dia punya tahap hina pekerjaan pun xde.
so kad tu baik di sewakan .. bulan bulan ada masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 04:49 PM | Show all posts
Tak perlu. Ingat Malaysia ni mcm UK USA ke, nak makan kena pakai kad subsisdi.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 04:52 PM | Show all posts
hihihi...bukan nak bantu sangat pun..

tujuan lebih nak promote kad dia supaya gomen pakai
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 06:54 PM | Show all posts
Alhamdulillah..boleh cari makan jual kad baharu..

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 09:26 PM | Show all posts
mula2 kad
lepas tu dia tukar plak ke apps
berapa byk apps da
parking pun tak sync mcm2 dok ada
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana nak pastikan ketelusan? Sedangkan mykad pun boleh klon?
Jgn nanti, saya dapat kad, kad saya tak boleh guna pulak. Sbb kena klon, ada org da isi lebih limit.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Nt ada le yg jual kad tu kat warga asing
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow..bisnes kad pengenalan berkasta pertama di dunia ke ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2023 09:38 PM | Show all posts
kita tamo kad

kita nak formula..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kad kad ni so yesterday...guna hp jah làh.buat apps je..tp tak yah lah mahal macam my sejahtera yg telan ratus juta tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 10:07 PM | Show all posts
pakai cap jari jelah... kalo pakai kad pun masih boleh passing2, bg pinjam tak gituh ? muntri takde formula ke utk masalah yg ini ?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
jenuhhhh. yg untung kaya raya opkos la level kayangan
yg marhaen ni dok la bercakaran b40 la m40 la t20 la.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 06:07 PM GMT+8 , Processed in 0.095293 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list