CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2665|Reply: 30

Ibu Ingat Anak Lama Di Pentas Sedang Promote Mary Kay Kepada Tengku Permaisuri Norashikin

[Copy link]
Post time 31-5-2023 12:59 PM | Show all posts |Read mode
Seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi tular selepas berswafoto dengan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.


Malah, Syibratuain Mazeli yang turut menerima skrol baru-baru ini, selepas menunggu lebih setahun untuk meraikan hari graduasi yang tertunda gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sempat memberi baginda 'pick-up' line!




IG




Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang senang disapa sebagai Ain berkata, idea untuk memberikan 'pick-up line' kepada Tengku Permaisuri Norashikin muncul secara spontan selepas mengetahui baginda menjadi pemberi skrol pada sidang konvokesyennya.


"Sebenarnya tak tahu pun baginda yang akan beri skrol. Apabila masuk dewan, saya nampak kerusi tetamu VIP berwarna kuning. Maka betullah rupa-rupanya Tengku Permaisuri Norashikin yang datang.


"Jadi saya fikir, mengapa tidak untuk tinggalkan kenangan indah pada hari konvokesyen... lagi-lagi pula saya memang 'adore' dengan baginda.


"ada mulanya, saya nak beri pick-up line lain. Ayat asalnya saya nak cakap 'apa persamaan Tengku dengan sjil konvo saya? Jawapannya, dua-dua beri kenangan terindah untuk saya'.


"Tapi sebab risau panjang, saya pendekkan kepada 'terima kasih Tengku Permaisuri kerana bagi kenangan terindah buat saya hari ini'. Dan baginda senyum manis bila mendengar. Terlaksana jua hasrat saya," ujar graduan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Alam Sekitar ini.




IG




Tidak sekadar itu, tambah Ain, dia juga tidak menyangka akan bertemu sekali lagi dengan Tengku Permaisuri Norashikin ketika sedang merakamkan gambar bersama keluarga di luar dewan.


"Tak sangka berjodoh lagi sekali dengan baginda. Waktu tu, saya dan keluarga tengah berfoto di luar dewan. Kebetulan, baginda dah selesai untuk sidang pagi dan mahu berangkat pulang.


"Saya cuba meminta kebenaran untuk berselfie dan Tengku Permaisuri pun sporting. Hanya beberapa orang saja yang dapat peluang ketika itu termasuk saya. Rasa macam bertuah sangat," ujar wanita berusia 26 tahun ini.


Berkongsi kisahnya lebih lanjut, Ain yang kini bekerja sebagai pengarah jualan Mary Kay berkata, untuk menjadikan hari konvokesyennya lebih signifikan, dia memilih untuk menyarung sut lengkap berwarna ungu yang menjadi identiti jenama produk kosmetik berkenaan.


"Saya berkecimpung dengan Mary Kay sejak semester empat. Ketika itu kulit muka saya break out dan saya cuba guna. Alhamdulillah serasi dan sejak itu saya mula berjinak-jinak menceburi bisnes sebagai beauty consultant.


"Kini dah tiga tahun bersama jenama itu sehinggalah bergelar pengarah jualan. Selain dapat jana pendapatan sampingan, saya juga nak buktikan bahawa seorang pelajar boleh berjaya dalam bisnes pada masa yang sama," ujarnya lagi.




IG




Tidak menyangka video konvokesyennya meraih perhatian ramai, Ain berkata dia sekadar mahu mengabadikan kenangan berkenaan di media sosial untuk tatapan masa akan datang.


"Ramai juga yang tanya, apa yang saya cakapkan pada Tengku Permaisuri sebab macam lama sikit berbanding graduan lain. Lebih kelakar, ibu saya fikir saya sedang promote Mary Kay kepada Tengku Permaisuri Norashikin.







"Saya tak sangka pula jadi viral, asalnya nak buat kenangan saja. Di kesempatan ini, saya nak ucap terima kasih kepada keluarga, saudara mara dan rakan-rakan yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam perjalanan degree saya ini.


"Akhirnya selepas struggle dengan pelajaran dan bisnes, kepenatan dan usaha selama ini benar-benar berbaloi," akhirinya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2023 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mary Kay ni MLM, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 31-5-2023 01:08 PM
Mary Kay ni MLM, kan?

Mlm rasanya. Ala2 amway. Tp jual make up je. Dan ahli2 dia idok la scammer mcm kak pam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 31-5-2023 01:12 PM
Mlm rasanya. Ala2 amway. Tp jual make up je. Dan ahli2 dia idok la scammer mcm kak pam tu.

Iols pernah amik org mary kay buat mekap iols.. dan ada pernah beli brg deme..

Sekali tu iols tersesat dok sekali masa deme tgh training by group leader.. mcm best la akak tu ngajar camne nak jadi markerter yg berjaya.. akak tu pulak hebat sampai 2 biji toyota vios dia dpt as gift from mary kay.. tapi kalau dia upline, downline dia la yg tere menjual..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 02:22 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 31-5-2023 01:19 PM
Iols pernah amik org mary kay buat mekap iols.. dan ada pernah beli brg deme..

Sekali tu iols ter ...

ada satu lady ni iols kenal .. pun ahli lama mary kay. tak penah nak paksa2 weols beli barang pun. suggest and bagi some info & tips adalah. dan bagi free sample. weols tau dia quite success tau. rasanya ada one time tu dia cruise berminggu2 somewhere kat canada ke mediterranean area kut .. mary kay sponsor. drive pun volvo x60 oo

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 02:34 PM | Show all posts
Mary kay ni aku ingat pakai 3 item set skincare series apatah. jerawat akibat merkuri semua keluar habis pastu hilang.

Kwn aku leader mkay jugak dia dapat avanza sebijik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2023 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu pakai mary kay. Lepas tu lost contact dgn ejen MK tu & aku kembali guna product yg boleh beli kat watson / guardian je
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 03:05 PM | Show all posts
teringat si VVIP tu pakai uniform skolah tgk konsert melly goeslaw
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2023 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat pulak forumer gebang kakfaz pakai marykay.


Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 03:40 PM | Show all posts
So dapat pick up tak?

Btw, Mary Kay dgn Mustaffa Kamal tu orang yang sama ka? tanya jer


Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 03:45 PM | Show all posts
Edited by matjerk at 31-5-2023 03:46 PM
Burong_Hantuk replied at 31-5-2023 03:05 PM
teringat si VVIP tu pakai uniform skolah tgk konsert melly goeslaw
Pinafore lagi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 31-5-2023 03:40 PM
Teringat pulak forumer gebang kakfaz pakai marykay.

dan porumer itu pn hilang ditelan bumi agaknye lps kecoh2 majlis tunang
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 03:52 PM | Show all posts
iolls beli cleanser time wise MK kt shopee je..da 6 btol alhamdulillah muka xde jerawat bersih smpai skang..da sthun lbih gak guna
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 03:54 PM | Show all posts
lama bertahan jenama ni ye. dlm family aku xde lg yg pakai skincare jenama ni.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2023 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 31-5-2023 02:22 PM
ada satu lady ni iols kenal .. pun ahli lama mary kay. tak penah nak paksa2 weols beli barang pun. ...

Kalau sistem MLM ni, yg kaya upline.. hat downline ni yg kena keje keraih juai brg..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
bini Lah VE pun MK..lah..tiberr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2023 07:39 AM | Show all posts
muka budak tu mcm kaklong anak si jahid komodo tu.
mcm iras2 nely mua yg ada adik oku pun sama
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut diharamkan bbual kt pentas pstu swafoto dgn baginda cmni...bdk bbnu yg terlibat bisnes mmg cari peluang buat vifal utk lariskan jualan produk dia..

Bygkn ada 100 orang perangai cmni..abis jem majlis konvo

Baginda pun diperalatkan utk jadi bahan marketing budak ni. Free marketing jadinya..takde hormat kepada keluarga diraja
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 09:32 AM | Show all posts
pittjie replied at 31-5-2023 01:12 PM
Mlm rasanya. Ala2 amway. Tp jual make up je. Dan ahli2 dia idok la scammer mcm kak pam tu.

cuci2 muka pun ada sis

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2023 09:33 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.056705 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list