View: 4040|Reply: 48
|
Wanita Nak Buang Sihir, Penyudahnya Tok Bomoh Suruh Masuk Bilik Dua Jam, Habis Digomol Badan Dan Kemaluan
[Copy link]
|
|
Petaling Jaya: Seorang wanita yang mahu mendapatkan rawatan kerana mengesyaki dirinya disihir bertukar tragedi apabila mendakwa dicabul pengamal perubatan tradisional ketika melakukan rawatan di Damansara.
Perbuatan jijik lelaki berusia 60-an itu terbongkar selepas mangsa berusia 27 tahun membuat laporan polis, Ahad lalu.
Menurut sumber, kejadian berlaku pada 22 Mei lalu ketika mangsa bersama tunangnya ke pusat rawatan tradisional berkenaan dan bertemu seorang lelaki yang mengaku pengamal perubatan.
Gambar Hiasan
"Mangsa mendakwa disuruh memasuki sebuah bilik dan semasa proses rawatan, lelaki itu menyentuh bahagian badan dan kemaluannya beberapa kali.
"Sebaik selesai rawatan, lelaki itu menyuruh mangsa mandi dan meneruskan semula sesi rawatan mereka yang mengambil masa lebih dua jam.
"Semasa rawatan kedua itu, mangsa mendakwa diperlakukan perkara sama ke atas dirinya menyebabkan dia berasa takut lalu keluar dari bilik berkenaan," katanya.
Sumber berkata, mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada tunangnya.
Katanya, mangsa yang trauma dengan perbuatan pengamal perubatan terbabit tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Beliau berkata, suspek ditahan dan direman sehari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tok bomoh tu lelaki, pesakit pempuan silalah masuk berteman...
Itu pun nak kena ajar ke...
|
|
|
|
|
|
|
|
Janganlah nak percaya kalau perawat kata pesakit je leh masuk..itu namanya lauk pree. |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih afdhol jangan percaya terus tok bomoh ni. Kalau sakit pi hospital.
|
|
|
|
|
|
|
|
so called perawat tu, x pdn dah tarap bapak2 kpd mangsa, lg mau buat mende terkutuk gini |
|
|
|
|
|
|
|
Dah banyak dah kes camni. Nak buat apa2 pi lah buat research dulu. Dah lah kena sihir ..bodoh pulak tu pi masuk bilik berdua dgn bomoh. Tunang pun sama bodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa pompuan tu tak ajak mak dia teman. Berani nya ko serah diri kat tokmoh tu. Tah2 masa ko mandi, tokmoh tu sedap mengendap |
|
|
|
|
|
|
|
Perawat tu lalu plak ye ngan pompuan tu
Lawa ke? Biasa jarang marhaen lawa2
|
|
|
|
|
|
|
|
Shayang replied at 31-5-2023 04:35 PM
Perawat tu lalu plak ye ngan pompuan tu
Lawa ke? Biasa jarang marhaen lawa2
Amboi ingat t20 semua lawa lawa ke ada yg duit byk bkepok2 pun xmampu mengubah kejelikang wajah |
|
|
|
|
|
|
|
plot twist : tunang ada hutang dengan bomoh.
takde duit nak bayar. bomoh suruh gadai apa yang ada.
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 31-5-2023 08:53 AM
plot twist : tunang ada hutang dengan bomoh.
takde duit nak bayar. bomoh suruh gadai apa yang ada ...
Hahaha..
Drama sangat ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak semua penyakit hospital leh detect. Moralnya cari la perawat Islam yg legit. Yg merawat terang-terang...tak bersentuhan. Kalau sentuh pun berlapik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni bomoh cina ka bomoh yindia? |
|
|
|
|
|
|
|
bodo je serah body bodo2 xleh pikir logik ke |
|
|
|
|
|
|
|
Dh dok 2 jam dlm bilik x kan tgok jerr |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya kalau pengamal perubatan yang betul pun dia secara otomatik akan panggil
pembantu perempuan dia masuk sama. dia takkan berdua2an dgn pesakit saja.
sesetengah tu pembantu perempuan tu yg akan "pegang" pesakit... dia hanya akan baca ayat jer..
tp kalau "bomoh" lain la pulak ceritanya kan.....sbb tu jd mcm ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|