CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 1699|Reply: 43

Mahu Pasukan Berusaha Memburu Kemenangan Dalam Setiap Aksi, Alasan Pemilik Kelantan FC Tak Bayar Gaji Pemain

[Copy link]
Post time 30-5-2023 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Akhirnya pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman muncul dan mengakui sedia menyelesaikan baki tunggakan gaji membelenggu pasukan itu sejak beberapa bulan lalu selepas 'lari' dan berdiam diri hampir 48 jam mengenai pendedahan demi pendedahan mengenai isu gaji.


Alasannya, tindakan beliau menahan gaji pemain adalah kerana mahu pasukan berusaha memburu kemenangan dalam setiap aksi.


Malah, beliau menafikan yang dirinya sengaja lari daripada membayar gaji pemain pasukan itu termasuk menolak dakwaan yang pihaknya berhutang tunggakan gaji selama dua bulan.




Zamsaham, Foto: Harian Metro




"Sebelum ini semua pemain dapat gaji penuh. Benar, memang ada lambat dan ada bulan bayaran secara berperingkat dalam bulan sama, tapi tiap-tiap bulan semua pemain tetap dapat jumlah gaji penuh. Tak benar dua bulan gaji tertunggak.


"Tapi ini bila kekalahan berterusan 10 kali. Saya kata nak gaji penuh April bagilah saya kemenangan. Main betul-betul sungguh. Saya bukan tolak gaji, saya tahan," katanya yang mempertahankan dirinya.


Menerusi pendedahan Arena Metro sejak Ahad lalu, pemain Kelantan didakwa hidup dalam tekanan apabila dihimpit dengan komitmen bulanan ekoran kegagalan mendapatkan gaji penuh setiap bulan.


Situasi itu nyata menekan pemain skuad The Red Warriors (TRW) pada setiap hujung bulan yang terdesak untuk meneruskan kelangsungan hidup, malah ada di antara mereka kehilangan kereta selepas ditarik oleh pihak bank.


Arena Metro mendapatkan penjaga gol Kelantan FC, Farhan Abu Bakar yang berkongsi kisah sedih apabila gaji tertunggaknya tidak dibayar penuh, sebaliknya dia diminta oleh pihak pengurusan untuk memohon duit pendahuluan (advance).


Semalam, Farhan mewakili 19 pemain Kelantan tampil membuat aduan rasmi kepada Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) bagi menuntut keadilan.


Menurut Norizam yang turut dikenali sebagai Zamsaham, pemain TRW diseru mencari kemenangan pada aksi Liga Super menentang Kelantan United di Stadium Sultan Mohammad IV pada Jumaat ini.


"Saya nak cari duit susah. Biarlah rasa berbaloi dengan kemenangan. Kalau tak menang, seri pun jadilah. Takdir ya takdir, tapi kenalah usaha lebih.


"Untuk 'match' minggu ini, berikan yang terbaik dan kemenangan. Kalau tak menang usahalah sehabis baik kepada seri. Kalau kalah, biarlah kalah bermaruah.


"Saya telah bayar semua gaji, takda tunggakan dan saya janji baki gaji yang ditahan 50 peratus semua akan dibayar. Mainlah sehabis baik. Saya nak menang sebenarnya, itu saja," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 11:53 AM | Show all posts
apa ke bangsa= alasannya tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 11:53 AM | Show all posts
gaji kena bayar bang...tak boleh buat camtu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Logic si Gemok = Kebulurkan pemain = Pemain lebih perform


Oooooo... Patutlah dulu Sir Alex Ferguson tak bayar gaji si David Beckham. Sebab tu la dia berjaya

Sembang si Gemok, tak beragak
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 30-5-2023 12:35 PM

Nak main camna bang...perut kosong..duit@gaji tadok nk beli beras..hang ni mai planet mana..tiber jer nk bercimpung dlm bidang ni...tapi tak reti nak mengurus(asyik mengemok jer ...)
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 12:40 PM | Show all posts
dia dulu patut beli kelab jdt...semedang menang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2023 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Only in kelantan bg rasional out of the box gituh.
Sipi² lg nak pulled hadis/fatwa out of his ass.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 12:44 PM | Show all posts
Jahat wei nak menang, tahan-tahan gaji orang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 12:46 PM | Show all posts
kau guna tenaga orang, pastu kau taknak bayar...bila tokey kilang kafir perah tanaga kerja kau kata zalim..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengan kenaikan kos hidup, adakah kita nak expect rakyat akan berbelanja kepada benda tidak perlu,contohnya tiket bola. Aku anggap bola ni mcm entertainment aje,utk distract manusia daripada masalah sebenar hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejam takde hati perot! Org tu ada anak bini la nak sara
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 01:26 PM | Show all posts
Acik2 gomen terang2 ngular pun masih gaji penuh.

Memang unwritten rules ka main bola ni kalau asik kalah boss tahan gaji. Susahlah, somebody has to be at the bottom kan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 01:31 PM | Show all posts
kata negeri serambi mekoh..tapi drpd isu air smpaila ke sukan semua melingkop.negeri tak berkat kot??
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
motivate mende..gaji basic kena bagi la. jalo menang baru bagi extra.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat fesbuk masih ada komen dari acik2 yang backup zamsaham nih

Bloody weird sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba kalau zam ni tak dpt gaji 2 bulan
Merentan tak?.ke reda je dok tengok kete kena tarik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 03:34 PM | Show all posts
sian pemain, raya haritu tak bergaji
btw burger dia tak sedap and mahal
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 04:04 PM | Show all posts
branding TRW tak segah zaman keeper viral dulu tu dah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 04:04 PM | Show all posts
bila bagi gaji baru ada motivasi untuk main sungguh2........ bodo punya anak tukiman jawa caprut
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 04:13 PM | Show all posts
tripleid: kata negeri serambi mekoh..tapi drpd isu air smpaila ke sukan semua melingkop.negeri tak berkat kot??


hahahha.. ye tak ye jugok... abe gong pun kawen cerai anak bior janda urus kat sana nun.. ekekekekek
APa le nak jadi kelate nim
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.228559 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list