CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1927|Reply: 22

Habis Kereta Peserta Auto Show Calar-Balar, Nombor Pendaftaran Dan Cermin Sisi Patah Gara-Gara Pengunjung Perangai Macam Monyet

[Copy link]
Post time 29-5-2023 06:03 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Segelintir pengunjung sebuah pameran ‘auto show’ di Mutiara Damansara baru-baru ini dikecam ramai kerana didakwa telah menyebabkan beberapa kerosakan melibatkan kereta peserta.


Menerusi video-video tular di media sosial, segelintir pengunjung tersebut dengan selamba duduk di atas kereta, bersandar dan ada yang menyentuh kenderaan-kenderaan yang dipamerkan tanpa kebenaran pemilik.








Selain itu, ada yang mendakwa terdapat kereta yang calar-balar, patah nombor pendaftaran kenderaan dan patah cermin sisi sedangkan telah diletakkan tanda amaran ‘do not touch participant car’ (jangan sentuh kereta peserta).


Salah satu hantaran pemilik Twitter Amran Fans turut mengecam segelintir pengunjung yang bersikap sedemikian sewaktu penganjuran pameran ‘auto show’ itu.


“Dia tak tahu orang tu nak masuk ‘event’ (acara) saja habis beribu buat cat, ‘wax’, ‘polish’, ‘coating’ bagai. Sampai pada kau, buat macam duduk dekat Proton Iswara ayah kau yang letak bawah pokok rambutan 10 tahun,” tulisnu.







Dalam masa sama, dia turut memuat naik perkongsian didakwa peserta dari luar negara yang dikatakan tidak mahu menyertai acara sedemikian pada masa akan datang.


“Memalukan, sampai orang luar pun ‘taubat’ tak nak sertai acara dekat Malaysia lagi dah. Habis jahanam, calar-balar kereta orang dibuatnya.


“Kau kalau tak berapa minat benda-benda begini, tak payah buat semak datang. Pergi zoo ke, apa lagi sesuai dengan perangai macam tu,” komen Amran Fans.


Salah seorang pengguna TikTok yang dikatakan mengunjungi pameran tersebut turut menceritakan perkara sama susulan sikap segelintir pengunjung yang selamba menyentuh kereta dipamerkan.


“Sedih tengok kereta disentuh sesuka hati. Kasihan pemilik berhabis duit, sampai ada yang ‘spoiler’ patah,” dakwa admsrzl. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2023 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg mcm berok matnyeh pong merosakkan reta orang. Tak paham aku yg duk kemarok nk bergambor kat keta reta orang walhal bukan reta kauuuu ponggg, bukan milik ko, bukan ko boleh pandu pong kat jalan raya nak menunjuk2 show off gaytohhh.. yihhh!
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Adik aku pi kelmarin, ramai gila budak2 muda/ student baru Abis sekolah yg datang.. Dengan venue parking yg panas gila, crowded sapa tak tahan mau pengsan.

Dah lah perangai masing2 mcm apa jer.. Mcm tak pernah tengok auto show..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg dlm d curve tu ke? Waktu iols tgk sendu jah. Maybe belum cuti sekolah time tu. Cantik jah saga 1st version. Tapi sbb iols tak minat sgt bab2 kete ni, so takde g belek2 pun.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Macik peminat kereta
Tapi macik tak pergi pun event cenggini
Sebab yang datang tu bukan peminat kereta pun
Kalau tanya jenis cc enjin emblem kereta pun belum tentu deme tahu
Tapi memasing sibuk nak up kat ig
Konon peminat kereta
Padahal kereta sendiri standard pekak
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 03:12 AM | Show all posts
kerana rempits setitik

rosak bbnu sebelanga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2023 03:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana sampai boleh patah.. dasyat nya
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 07:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang datang pun budak budak Tiktok kaki konten OOTD .. apa dia kisah harta orang. Janji leh tayang kat socmed. Idok ler aku nak join berpanasan dgn budak budak low class gini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduh...sayang kereta2 tu.

Kadang2 tgk valet parking ada kereta2 fancy pun org nk bergambar siap tukar2 pose bagai. Kalau xde org vaket jaga, agaknya kena mcm ni la.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 07:47 AM | Show all posts
pemilik kete ni betul2 sygkn kete ke tk?
ada jiran kaki kete, bini no. 2 tu kete dia, punyala jaga, smpai anak jiran dtg umah pun dia pantau dari tepi.. kucing lagila, dia dh psg pagar elektrik keliling rumah dah..haha..

yg pemilik kete kt venue tu, kalau sanggup berabis puluh ribu dgn kete, pehal bingai sgt tak upah org jaga kete dia sehari rm100 ke apa.. kata kaki kete, harta sendiri dibiar cm letak dlm garaj rumah dia plak? konfuse aku..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 08:23 AM | Show all posts
mmg beruk pon perangai gen z ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Generasi tak guna sesen pun buat perabis beras
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 09:46 AM | Show all posts
kawan aku dulu photographer autoshow
dia kata autoshow kene ada model perempuan kalau tak hambar je
kalau tak de model perempuan tu bukan autoshow
dia kata la
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 10:55 AM | Show all posts
pegi ikea pun mcm beruk, perangai sakai mmg xleh buang
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 11:02 AM | Show all posts
Buat kat basement Curve.... giler kepam bahang bawah tu.
Hari-hari biasa pun rasa rengsa, apa lagi kalau ramai orang.

Lenkali nak buat event, carik la elevated carpark.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 11:16 AM | Show all posts
padanlaa padat yahamat curve sabtu lepas.. aku pulak x check sbb nak ke ikea..menyesal sungguh..

yahampunnnnnnn...perangai yg g pun sesuai laa ngan nyet..terkinje2 semuanya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2023 12:06 PM | Show all posts
Apa beza ko parking tepi jalan, sama ja kalau nak calar dia calar juga.

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 02:37 PM | Show all posts
Gen Z keluar dari flat pprt camnilah cuolls
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 08:07 PM | Show all posts
masalahnya sapa jemput budak2 tiktok sunat laser bagai ni?

keta2 lama kut, takde nya bebudak ni appreciate pun

not 1st time curve buat car show ni, rasa last year pun ada, tp better crowd management dan takde budak2 sunat laser ni semer , but meols pun pelik awat tak letak barricade, ko taula, mesian ni cemaner.. bukan mcm 1st world mentality seko2,  mcm org jepun, deme dtg nengok , tangan letak belakang , sentuh baju pun tak berani
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2023 08:10 PM | Show all posts
keta meols dulu pun masuk show, lama dah tapi kat pwtc , classic car juge, but letak barrier bagai, mmg tak leh masuk, but pomen meols kata ada some yg try masuk jugak, kena hambat...

then thumb print pun mmg sentiasa ada.. ntah le tangan sapa yg panjang bebeno sampai buleh sentuh tu... mmg keta seblm masuk show anto wax apa semer, bawak keta pi event pun pomen meols  guna tow, dia tak drive pun
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.447367 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list