View: 1970|Reply: 37
|
Lelaki Buta Gigih Alih Motor Halang Laluan Tactile, Ramai Orang Malaysia Baru Tahu Fungsinya
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Lelaki buta terpaksa mengalihkan motosikal yang menghalang laluan 'tactile' untuk komuniti itu di sebuah stesen perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) di sini.
Video berkenaan dimuat naik isterinya di akauan TikTok @mrranggapnnadia baru-baru ini telah membuka masyarakat kerana ada segelintirnya mengakui baru mengetahui fungsi laluan itu.
Laluan berkenaan adalah untuk panduan jalan kepada mereka yang kurang upaya penglihatan.
Wanita berkenaan merakam video berkenaan ketika sedang menunggu suaminya di stesen berkenaan.
"Nak ambil husband (suami) tadi di salah satu stesen MRT. Gigih dia alih motor (motosikal) yang halang laluan tactile.
"Ayuh sediakan laluan tactile yang selamat dan bebas halangan untuk keselamatan orang buta yang melaluinya," katanya pada kapsyen dalam video itu.
Katanya, mereka akan terus berkongsi kesedaran mengenai laluan tactile yang juga hak orang buta.
"I (saya) sentiasa sokong U (awak). Proud of U (Bangga dengan awak) Sayang! Ayuh semua sediakan laluan tactile yang selamat untuk OKU penglihatan," katanya.
Menyemak akaun TikTok wanita berkenaan, wanita itu banyak berkongsi video mengenai suaminya dan kesedaran mengenai komuniti itu.
Sementara itu, pengguna TikTok dikenali Nass Mann berkata, ramai yang tidak mengetahui fungsi sebenar laluan berkenaan sama sepertinya sebelum ini.
"Sebenarnya ramai tak tahu apa fungsi tactile. Aku dulu pun tak tahu, tapi aku tanya kawan yang kerja dalam pembinaan jalan. Kena ada penjelasan pada public (orang awam)," katanya dalam komen di video itu.
Adeliey Part Nam pula berkata, "Terima kasih bagi saya idea untuk tolong orang selepas ini. InsyaAllah saya akan alihkan apa-apa halangan atau laluan tactile kalau saya jumpa."
Seorang lagi pengguna akaun sosial itu, Mazleenmusa berkata: "Saya antara guru pendidikan khas yang sudah bersara awal, sangat geram, sedih, marah (kepada) orang ambil mudah hak OKU. Rata-rata tiada kesedaran."
Sementara itu, Yan pula berkata, sepanjang 20 tahun hidup dia baru mengetahui bentuk lantai laluan itu berbeza kerana ia adalah untuk laluan OKU. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
aku pon xtau function benda tu tp yg aku tau
itu bukan parking motor... |
|
|
|
|
|
|
|
Motor memang macam tu, segala tempat depa nak parking.. harap2 pihak berkuasa pi angkut motor2 yang parking kat tempat laluan orang. Ada tu depan gate keluar masuk pun nak di park motor dia, bodoh nak mampus.. orang nak lalu lalang pun susah.. |
|
|
|
|
|
|
|
'Kerosakkan' berlaku bila pihak bertanggungjawab..tidak buat kerja. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku yg bawak motor pung tahu tak boleh letak motor kat kawasan laluan tactile tuhhh. Mmg tile tu ada bulat2 timbul gaytohhh utk org kurang upaya melihat guna sebagai panduan.
Dasar selfish namampos semata2 taknak motor ko berhujan panas. Yihhhh! |
|
|
|
|
|
|
|
I penah tgk sorang brader ni angkat dan humban motor2 ke tepi. Puncanya? Sebab diaorg park motor depan lif. Selayaknya yachhh! |
|
|
|
|
|
|
|
Apa barang motor parking bawah patut parking naik ramp terus betul2 parking depan pintu |
|
|
|
|
|
|
|
I ol dulu tau masa class driving ada student ni tanya cikgu driving tu..
Dalam syllibus drivinf xada aku rasa..
Nasib ada budak yg cakna pasal benda ni
Harap driving school tekan kan laa benda2 mcm. Ni |
|
|
|
|
|
|
|
rikiruj replied at 29-5-2023 05:03 PM
Motor memang macam tu, segala tempat depa nak parking.. harap2 pihak berkuasa pi angkut motor2 yang ...
Kannn...sepatutnya nak kena saman je baru tau diaorg nih |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by wirazam at 30-5-2023 12:05 AM
Aii tahu fungsi laluan tuh..cuma tak tahu apa namanya...tactile...TQ forum cari..
|
|
|
|
|
|
|
|
oooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo baru tau |
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu bukan scope jalan raya tapi scope building rasanya. sebab tu takde dalam silibus. memang laluan pejalan kaki pun diorang parking tu. bukan tempat parking.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini saya tengok satu video di YouTube tak silap saya di Putrajaya ada laluan tactile yang sangat berhampiran dengan jalan raya dan sangat hampir dengan pokok yang tanam di pavement dalam hati saya terfikir mesti yang planing tu tak tau apa fungsinya. |
|
|
|
|
|
|
|
rikiruj replied at 29-5-2023 05:03 PM
Motor memang macam tu, segala tempat depa nak parking.. harap2 pihak berkuasa pi angkut motor2 yang ...
paking merata
guna laluan pejalan kaki
naik atas divider
lawan arus
langgar lampu
bnyak benda yg motor ni penting diri sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy replied at 29-5-2023 11:20 PM
Apa barang motor parking bawah patut parking naik ramp terus betul2 parking depan pintu
rumah ppr..motor siap naik lif sekali dgn manusia..pegi duduk atas |
|
|
|
|
|
|
|
tempat parking motor ada, ko pegi parking mengalahkan kereta...itu beruk namanya...
dunia ni berkasta, kasta rendah kena la parking kenderaan di tempatnya |
|
|
|
|
|
|
|
motor tak salah..drg insan kerdil...berhujan, berpanas, kalau hujan lebat kena duduk bawah jambatan..kasihani lah mereka..tu sebab mereka boleh parking merata..atas pavement, parking kereta, koridor kedai...hmmm..... |
|
|
|
|
|
|
|
patut saman or clap je motor2 gini |
|
|
|
|
|
|
|
So kemain ko merakam daripada pi tolong kan.
Dasar generasi sembah tiktok. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun tak Tau.. aku ingat pesen pi tepek bijik bijik |
|
|
|
|
|
|
| |
|