CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 15920|Reply: 0

Saya tak nak ‘aku janji’ jadi kertas tisu – Ayob Khan

[Copy link]
Post time 15-5-2023 03:34 PM | Show all posts |Read mode




KUALA LUMPUR – Semua ketua polis daerah digesa untuk memastikan ‘aku janji’ yang ditandatangani setiap bulan dipatuhi dan bukannya menjadi ‘kertas tisu’ semata.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, arahan daripada pihaknya jelas agar memastikan operasi berterusan dan konsisten diadakan di pusat-pusat judi di seluruh negara.


Ujarnya, ‘aku janji’ telah ditandatangani bagi memastikan daerah masing-masing bebas daripada pelbagai jenis aktiviti haram dan jenayah.


“Saya ingin pastikan pelaksanaan daripada mereka (ketua polis daerah). Tidak mahu ‘aku janji’ jadi kertas tisu lagi. ‘Aku janji’ kena buat. Justeru, satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi memantau setiap daerah.


“Kalau ada maklumat sampai pada saya, pasukan khas saya di Bukit Aman itu akan turun bagi mengambil tindakan. Pucuk kepimpinan pun telah bersetuju.


“Saya akan buat pemeriksaan mengejut dan mengambil tindakan terhadap ketua polis daerah berkenaan jika terima maklumat. Tiada amaran lagi kerana ‘aku janji’ sudah ada,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di sini, hari ini.


Di dalam ucapan amanatnya, Ayob Khan berkata, ada dalam kalangan ketua polis daerah Kontinjen Kuala Lumpur, tidak berpuas hati apabila pihaknya menghantar pasukan dari Bukit Aman untuk mengambil tindakan terhadap premis-premis judi dalam talian.


Jelas Ayob Khan pemantauan penyeliaan yang kurang dan tidak konsisten perlu diberi perhatian bagi memuaskan hati masyarakat.


“Contohnya ada orang buat laporan, tetapi kita tidak maklumkan balik hasil siasatan. Benda kecil macam ini sudah ada SOP. Saya rasa kalau itu dibuat, masyarakat akan berpuas hati.


“Masyarakat pun jangan buat tafsiran atau andaian, jika serbu hari ini, judi ini esok habis. Macam-macam jenis judi yang ada dan akan berubah-ubah taktiknya. Ini akan mengambil masa sedikit.


“Namun yang penting adalah konsisten. Kena ada kolaborasi mantap dengan pihak berkuasa tempatan yang lain,” katanya.


Dalam pada itu, beliau berkata talian hotline yang dilancarkan oleh JSJ pada Rabu lepas, mendapat sambutan yang sangat mengalakkan dan berkesan.


Jelasnya, walaupun baru ditubuhkan tiga ke empat hari, sebanyak 300 maklumat dan aduan yang telah diterima daripada orang awam.


“Bila kita semak balik semua aduan, 10 daripadanya berkaitan dengan JSJ manakala yang lain-lain kita akan salurkan ke jabatan berkaitan.


“Ini juga merupakan kali pertama kita buat. Jadi ramai orang tumpukan di talian itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 01:07 PM GMT+8 , Processed in 2.169135 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list