CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 352|Reply: 0

Bukan kereta tetapi traktor Peugeot 206

[Copy link]
Post time 4-5-2023 05:05 PM | Show all posts |Read mode

Sebuah kereta Peugeot 206 diubah suai apabila pemiliknya menggunakan empat tayar traktor gergasi di England baru-baru ini. - Foto Caters News Agency

Bukan kereta tetapi traktor Peugeot 206

LONDON –  Seorang pemilik kereta hatchback  Peugeot 206 menggunakan empat roda traktor gergasi untuk menggerakkan kenderaannya di laluan berlumpur di  Warwickshire, England, lapor portal berita The Sun semalam.

Pengubahsuaian itu dilakukan oleh tiga orang  jurutera selepas mereka menemui kereta tersebut di lokasi simpanan barang buangan di Backpool pada 2014.

“Kami mengimbau  zaman kanak-kanak daripada  (program) televisyen iaitu Top Gear, Scrapheap Challenge dan Chop Shop dengan membina semua perkara ‘gila’ yang kami lihat dan fikir.

“Sekarang kami lebih tua berbanding hari-hari itu. Kereta traktor ini  sebenarnya yang kedua kami telah ubah suai” kata Gareth Jenkins dari Nuneaton Warwickshire kepada portal berita The Sun.

Tiga rakan jurutera itu pada mulanya mengubah suai kereta Ford Fiesta manual dengan menggunakan empat roda gergasi,  namun kata mereka, pengubahsuaian menggunakan Peugeot 206 automatik adalah lebih berjaya.

“Kami hanya mahu melihat sama ada boleh memasang roda traktor pada kereta.

“Bagi memastikan roda traktor muat, kami mengimpal rim keluli kemudian mengimpal satu lagi di bahagian belakang yang dipasang pada kereta ini,” katanya. – Agensi



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.406214 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list