“KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama.Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan
dan tipu daya syaitan durjana.
Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang berkerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.
Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.
Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.
Apa yang menghantui dan menggangu Johan & Ayshah sebenarnya? Adakah ini semua hanya halusinasi dan gangguan minda mereka atau adakah ini semua merupakan petanda-petanda bagi merungkai jawapan bagi semua persoalan mereka?
Segalanya akan terjawab bila anda menyaksikan “KHURAFAT-Perjanjian Syaitan” yang akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia pada Januari 2011.
Tapi rasanya macam agak lambat ler tayang citer genre seram nih skang, esp for next year sebab rasanya dah kurang dah minat kat citer seram nih.....tapi kalo citer best tak der masalah lah kot
Tu lah dengar citer masa pratonton kat mid valley mmg seram and best, siap ader twist at the end of the story. Ramai blogger yg pergi kata best. Kat Twitter pon ramai kata mmg menakutkan. Kalo ikut klubbkidd yg kureng is the sound effect yg skema kale citer hantu mesti sound effect seram yg agar over gitu and katanya bad acting, yg nih aku boleh agar sapa kot. tapi jalan citer macam original ler take der ler yg bese cam asrama bagai. Tapi kalo hospital pon bese ler associate dgn hantu kan.