View: 331|Reply: 0
|
Ini 7 Tip Elak Masalah Penghadaman Ketika Menjamu Juadah Sewaktu Beraya
[Copy link]
|
|
Ini 7 Tip Elak Masalah Penghadaman Ketika Menjamu Juadah Sewaktu Beraya
Pada waktu hari raya ini sudah tentu kita akan rambang mata dengan pelbagai juadah raya yang disediakan.
Lemang, rendang, ketupat, sate dan lontong adalah antara juadah raya yang enak dinikmati pada hari raya. Jika ikutkan hati pelbagai juadah raya yang kita mahu cuba dan nikmati umpama ‘membalas dendam’ selepas sebulan berpuasa.
Tambahan, jika kita memaksa sistem penghadaman kita bekerja keras lebih pada hari raya selepas sebulan berehat panjang ia sudah tentu akan mengalami kejutan.
Ini kerana, saiz perut yang mula mengecil dan enzim makanan yang terhad menyebabkan makanan yang masuk tidak dapat dihadam dengan sempurna.
Berikut adalah beberapa gejala yang mungkin anda alami, seperti:
- Sakit perut memulas
- Perut berangin
- Loya
- Cirit-birit
- Pedih ulu hati
- Sukar tidur
Gejala ini mungkin dilihat seperti gejala keracunan makanan, tetapi ia adalah gejala ‘perut terkejut’ kerana pengambilan makanan yang berlebihan.
Untuk mengelakkan masalah ini, anda dinasihatkan untuk:
Kawal pemakanan dengan tidak ambil makanan berlebihan dan kunyah dengan perlahan sebelum telan.
Sewaktu menghadiri banyak jemputan rumah terbuka, dinasihatkan ambil makanan dalam portion (bahagian) yang sedikit.
Disyorkan ambil makanan daripada sumber karbohidrat terlebih dahulu seperti lemang atau hidangan nasi. Pencuci mulut atau makanan manis boleh ambil kemudian.
Elakkan meminum minuman bikarbonat dan kopi.
Elakkan buah berasid seperti limau, anggur dan tomato.
Berpakaian longgar.
Cara terakhir yang juga berkesan adalah dengan melakukan puasa sunat Aidilfitri atau puasa 6.
Semoga bermanfaat!
Kredit: mstar
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|