CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9202|Reply: 32

Damping Malam

[Copy link]
Post time 5-12-2010 08:16 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Rhyno at 5-12-2010 20:18


Pengarah
Ahmad Idham

Lakonan:
Amy Mastura
Erynne Erynna
Ahmad Idham
Azizah Mahzan
Eizlan Yusof
Putri Mardiana
Normah Damanhuri
Datin Nina Juren
Julia (Pelakon Pembantu)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2010 11:55 PM | Show all posts
sinopsis plizzzzzzzz.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2010 02:40 AM | Show all posts
owh, citer pasal saka ni
tahun 2010, taun buat hantu kat malaysia melalui film
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 08:43 PM | Show all posts
poster agak terbaekkk.......
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 08:48 PM | Show all posts
poster nampak ok.heheh
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2010 09:18 PM | Show all posts
poster real der
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2010 08:58 AM | Show all posts
AHMAD Idham Ahmad Nadzri merupakan pengarah yang paling banyak mengarahkan filem terbitan MIG Production Sdn. Bhd. (MIG) selepas sembilan tahun syarikat itu diasaskan.

Beliau mengambil alih kedudukan seorang lagi sutradara, Prof. A. Razak Mohaideen yang juga pernah bersama-sama syarikat produksi itu.

Sepanjang tempoh itu, pengarah berusia 39 tahun itu telah mengarahkan 14 buah filem terbitan MIG dengan Damping Malam merupakan filem ke-15 arahan terbarunya dengan syarikat itu.

Apa yang menariknya selain mengarahkan filem ke-43 terbitan MIG itu, Ahmad Idham turut diberi peluang oleh penerbit, David Teo untuk melakonkan salah satu watak utama dalam filem genre seram itu.

Menurut pengarah prolifik ini, selain mendapat kepercayaan daripada penerbit MIG itu, pembabitannya sebagai pelakon dalam Damping Malam juga atas permintaan peminat yang ingin melihatnya berlakon semula.

"Saya sudah lama tidak berlakon iaitu sejak 13 tahun lalu kerana lebih banyak menumpukan perhatian kepada bidang pengarahan drama dan filem. Kali terakhir saya berlakon dan jadi hero adalah menerusi filem Cinderella.

"Filem pertama yang mengambil saya melakonkan watak hero ialah menerusi filem berjudul Anaknya Sazali. Ramai peminat yang meminta saya kembali berlakon selepas lama tidak muncul dalam drama ataupun filem. Ini adalah peluang terbaik saya.

"David Teo beri kepercayaan kepada saya walaupun dia kata saya ini pelakon yang umpama 'matahari sudah hendak terbenam'," katanya mengenai rasional dia kembali ke gelanggang lakonan.

Ahmad Idham yang ditemui pada majlis doa selamat Damping Malam baru-baru ini berkata, filem yang mula menjalani penggambarannya di sekitar Kuala Lumpur mulai 11 Februari lalu juga cukup penting dalam kariernya sebagai pengarah dan pelakon.

Ini kerana, Damping Malam merupakan filem pertama yang menggunakan khidmat beliau sebagai pengarah dan pelakon pada satu masa selepas hampir dua dekad terbabit dalam bidang lakonan tanah air.

"Sebelum ini saya memang mahu berlakon tetapi macam tidak jumpa watak yang sesuai dengan saya.

"Saya seperti tidak percaya akan berlakon semula selepas lebih menumpukan perhatian sebagai pengarah," kata Idham yang sehingga kini masih seperti tidak percaya apakah dia benar-benar kembali berlakon.

Dalam memastikan kelancaran penggambaran sekali gus memastikan tugasnya sebagai pengarah dan pelakon tidak terganggu, Idham turut menggunakan khidmat dua penolong pengarah iaitu Mazri Mustafa dan Rosli Mohd. Taib sepanjang penggambaran filem ini.

Menerusi filem itu, Idham melakonkan watak sebagai Wadi bergandingan bersama Amy Mastura (Ku Khalira), Erynne Erynna (Nuraiza), Azizah Mahzan (Ummi Siah), Eizlan Yusof (Ustaz Bakri) dan Fida Ibrahim (Ustazah Humairah).

Damping Malam juga pastinya mengundang momen manis buat Idham kerana inilah kali pertama dia berganding semula dengan pelakon dan penyanyi Amy Mastura selepas kali terakhir berlakon dalam filem Kuala Lumpur Universiti kira-kira 10 tahun lalu.

Filem seram pertama Amy Mastura

Bagi Amy Mastura, rasa teruja sukar dibendung apabila dia ditawarkan membintangi filem seram, Damping Malam .

Filem berkenaan ujarnya merupakan filem seram pertama lakonannya selepas lebih banyak menyanyi dan menjadi pengacara sejak kebelakangan ini.

Damping Malam juga menjadi filem terbaru buat Amy selepas kali terakhir berlakon filem Aku Tak Bodoh.

Biarpun begitu, Amy masih akitf menerima tawaran menyanyi dan sebagai pengacara TV.

"Sebelum ini, saya agak berat menerima tawaran berlakon kerana anak-anak saya masih kecil dan jadual seharian juga tidak mengizinkan.

"Apatah, penggambaran filem ini kebanyakan diadakan di sekitar Lembah Klang. Saya memang teruja berlakon dalam filem seram kerana sebelum ini saya biasanya melakonkan watak remaja atau kelakar," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pelakon yang melakonkan watak penting dalam Damping Malam iaitu Erynne Erynna sebagai Nuraiza lebih berasa yakin membintangi filem itu berdasarkan pengalamannya berlakon dalam filem Congkak.

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik dalam Festival Filem Malaysia pada 2008 menerusi lakonannya dalam Congkak itu juga masih memerlukannya melakonkan watak yang penuh dengan adegan-adegan seram.

"Ini adalah kali kedua saya berlakon di bawah arahan Ahmad Idham. Congkak filem seram dan ini pun (Damping Malam) cerita seram. Watak saya dalam filem ini sebagai seorang kanak-kanak yang kena rasuk dengan makhluk halus.

"Ahmad Idham banyak membantu saya melakonkan watak Nuraiza walaupun adakalanya semasa disolek saya rasa seram sejuk dan macam hendak tidur. Bulu roma saya juga selalu meremang tetapi semuanya okey.

"Saya juga seronok dapat berlakon dengan Amy Mastura kerana sebelum ini saya pernah berlakon dengannya dalam telemovie berjudul Ceritera di mana dia banyak membantu saya," kata Erynne lagi.

Damping Malam mengisahkan Wadi yang beristerikan Ku Khalira dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Nuraiza yang dijaga ibu saudaranya iaitu Umi Siah. Emak saudaranya itu tahu banyak rahsia tentang Ku Khalira.

Sewaktu Nuzaira berjaya memasuki sekolah berasrama penuh, pelbagai kejadian aneh menimpanya sehingga menimbulkan tanda tanya di hati ibunya.

Seakan ada peristiwa yang mengaitkan Umi Siah dan Ku Khalira dengan kejadian-kejadian aneh tersebut.


*UTUSAN MALAYSIA
-cam citer kebanyakan je,ala2 durja ningsun kot,hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 09:01 AM | Show all posts
ni lbh detail cket...

Sinopsis Filem Damping Malam

Filem Damping Malam mengisahkan WADI dengan isterinya KU KHALIRA  yang sudah 14 tahun mendirikan rumahtangga. Mereka dikurniakan seorang saja anak perempuan kini berusia 13 tahun bernama NURAIZA. Hidup mereka serba moden. Cara hidup mereka agak terbuka dan bebas. NURAIZA pula anak yang ceria, bijak, walaupun anak tunggal tetapi dia nampak matang dalam dunianya. Disebabkan ibu dan ayahnya hidup lebih mengutamakan duniawi, maka landas agama mereka agak kurang. NURAIZA diasuh oleh ibu saudara KU KHALIRA yang tinggal bersama mereka yang dipanggil UMI SIAH oleh NURAIZA. UMI SIAH seorang yang serius tetapi nampak tenang. Seakan ada rahsia disimpan sendiri-sendiri. UMI SIAH sangat menjaga NURAIZA kerana dia tahu keistimewaan yang NURAIDA ada. KU KHALIRA sentiasa menjadi bualan kegemaran para wanita yang mengenalinya kerana begitu pandai menjaga rumahtangga. KU KHALIRA dan WADI selalu melakukan yang rasional dalam apa jua hal, tidak mempercayai hal mistik, tidak membimbing keluarga ke arah agama.

Kisah bermula semasa minggu orientasi NURAIZA yang berjaya masuk ke asrama penuh. Ia menjadi kebanggaan buat WADI tetapi ada sedikit kebimbangan buat KU KHALIRA yang katanya ia tidak pernah berpisah dengan anak tunggalnya itu. Ada gangguan di asrama dan sasarannya ialah NURAIZA. Selama ini NURAIZA tidak pernah melalui pengalaman menyeramkan itu, maka datang trauma dalam dirinya. Dia tidak pernah diajar dengan doa atau ayat melindungi dirinya maka NURAIZA jadi tidak menentu dan gangguan tetap berterusan bukan saja kepada dia tetapi juga kawan-kawan yang ada dekat dengannya. Di sana juga dia mengenali rakan sebilik dan sekelasnya, HASNI dan SYARIFAH. Dia juga mengenali seterunya yang sentiasa kurang senang dengannya iaitu ERNA dan NADIA yang tua dua tahun daripadanya tetapi bilik mereka berhampiran. NURAIZA belajar mendekatkan diri dengan pendidikan Islam bersama HASNI dan SYARIFAH. Gangguan tetap ada. Datang pula kenakalan ERNA dan NADIA yang mahu mengenakan NURIZA, lalu mereka main seru roh guna papan ouiji, maka NURAIZA mula nampak seorang budak perempuan yang sebaya dengannya berlegar sekitar asrama.

Yang menakutkannya, budak itu sentiasa tunduk, tidak pernah nampak wajahnya dengan jelas tetapi setiap kali dia berjalan, dia akan seret kaki dan ada darah sedikit-sedikit menitik ke lantai dari tangan kanan dan kirinya. NURAIZA saja yang nampak dan ia semakin menakutkan NURAIZA sehingga membuatkan NURAIZA histeria. Bagi ERNA pula itu semua lakonan dan tipu helah NURAIZA untuk tarik perhatian. Sehinggalah ERNA dan NADIA sendiri diganggu tetapi dengan makhluk halus yang lebih menakutkan. WADI dan KU KHALIRA dimaklumkan, mereka datang dan bawa NURAIZA pulang untuk merawatnya. UMI SIAH terlalu menjaga keselamatan NURAIZA maka tegas tidak benarkan NURAIZA ke asrama semula tetapi WADI tidak setuju. KU KHALIRA sedih dan bimbang melihatkan anaknya sudah tidak ceria seperti dahulu. NURAIZA beritahu apa yang dia nampak tetapi WADI tidak percaya. Apabila NURAIZA sudah sembuh, dia pulang semula ke asrama dan gangguan tetap datang setiap malam dan di asrama tidak aman lagi sejak NURAIZA ada di sana.

Apabila NURAIZA tidak ada semula di rumah, rumah WADI tidak sama seperti dulu, kesuraman terasa, ada gangguan yang NURAIZA lalu, juga menganggu penghuni rumah WADI. KU KHALIRA mengesyaki UMI SIAH ada muslihat lain dan gangguan yang datang pada anaknya disebabkan niat jahat UMI SIAH, kerana apabila dia beritahu suaminya, keturunan ibu saudara dan arwah ibunya iaitu RAJA SARAH pernah menggunakan pendamping menjaga keluarga tetapi dia tidak pernah suka dan tidak percaya semua itu. WADI mula mengesyaki juga UMI SIAH sehingga ada insiden yang berlaku buatkan WADI percaya UMI SIAH mahu menganiaya keluarganya lalu dia menghalau UMI SIAH dari rumah. UMI SIAH cuba terangkan keadaan sebenar tetapi WADI tidak mahu dengar dan tidak mahu tahu. Kemudian datang tetamu baru di rumah mereka. USTAZ BAKRI  ialah sahabat lama WADI sejak dibangku sekolah. Dia baru balik dari kerjanya di Mesir. USTAZ BAKRI terasa unsur negatif itu di rumah WADI dan meminta WADI banyakkan solat di dalam rumah dan amalan agama semula yang sudah jauh ditinggalkannya. Apabila WADI yang sering diganggu itu, mula cuba berjinak mengenal diri kembali dalam agama Islam, amukan berlaku dan dia mula nampak apa yang selama ini dia tidak pernah nampak. Nantikan kesudahannya dalam DAMPING MALAM…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2010 09:56 AM | Show all posts
mcm drama jah nih
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2010 01:06 PM | Show all posts
erm. typical metrowealth punya jalan cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 10:48 AM | Show all posts
x mnarik pn...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 03:34 PM | Show all posts
erkkk..poster seram giler...memang tak berminat nak tgk......
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2010 04:29 PM | Show all posts
stended citer ahmad idham ajaaa laaa.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2010 12:36 PM | Show all posts
tgk je la macmana nnti............
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2010 08:55 AM | Show all posts
Macam durja ningsun betol ler citer nih...asrama, ouji board, kawan jahat, kawan baik...hmnn
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2010 07:20 PM | Show all posts
Macam durja ningsun betol ler citer nih...asrama, ouji board, kawan jahat, kawan baik...hmnn
alyssasarah Post at 11-12-2010 08:55



   kalau citer hantu camtu lah.citer hantu indon,thai,jepun,korea,omputih,mesia....sama je. tapi peminat citer hantu tak kisah sebab MINAT.
kalau citer romance camtu jelah....indon,melayu,omputih,indon,thai....sama je.ada watak antagonis(jahat),protagonis(baik)...jumpa,minat,ada masalah...peleraian....sama je...

kalau citer suspense thirller omputih pun sama je.....

citer polis omputih pun sama je....mesti ada car chasing...tembak menembak....hero dlm bahaya...mesti minat ngan mana2 pompuan...last2 happy ending.

citer animasi pun camtu....sama je....

yang membezakan?

cara filem tu diolah,sinematografi,penghayatan lakonan oleh pelakon,background,pemilihan muzik...

so takleh nak cakap apa2 SELAGI TAK MENONTON.....just based on sinopsis...tal boleh nak buat PENILAIAN kepada kehebatan sesebuah filem.

wallahua'lam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2010 08:04 PM | Show all posts
ok,nak tgk gak ahmad idham.dah lama tak belakon
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2010 10:03 PM | Show all posts
cam sama drama......je ...tapi kena tgk br leh komen lebih2.....?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2010 11:51 PM | Show all posts
mmm... baca sinopsis mcm best jek.
wakakakkakakakkakakakkakakkakka.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2010 12:54 AM | Show all posts
Reply 17# sixret


    Hi, Aku setuju sgt apa yg Sixret ckp...huhuhu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.055279 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list