CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1774|Reply: 13

Tidur kurang 5 jam berisiko dapat strok

[Copy link]
Post time 15-4-2023 12:24 PM | Show all posts |Read mode



Tidur berkualiti pada zaman ini diakui memang agak sukar berikutan banyak kekangan dalam kehidupan terpaksa dilalui seseorang.


Ini kerana cabaran harian menjadikan ramai yang terpaksa mengorbankan masa tidur semata-mata untuk memenuhi keperluan hidup.


Sedar tak sedar, tidur yang tidak berkualiti boleh berisiko strok.

Menurut kajian diterbitkan Neurology, iaitu jurnal perubatan American Academy of Neurology, individu mengalami masalah tidur diakui berisiko tinggi mendapat strok.


Masalah tidur ini termasuk tidur terlalu banyak atau sedikit, tidur sebentar, tidur tidak berkualiti, berdengkur, mendengus dan apnea tidur, iaitu gangguan tidur serius di mana pernafasan berulang kali terganggu ketika tidur.

Individu yang mempunyai lima atau lebih gejala ini dikhuatiri lebih tinggi berdepan risiko strok.


Penyelidik dari Universiti Galway di Ireland, Christine Mc Carthy, berkata bukan saja sesiapa mempunyai masalah tidur boleh mendapat risiko strok, tetapi jika ada lebih daripada lima gejala ini, boleh menyebabkan lima kali ganda risiko strok berbanding yang tiada masalah tidur.


"Justeru, masalah tidur tidak berkualiti ini harus ditangani untuk mencegah strok," katanya.


Dalam kajian itu, membabitkan seramai 4,496 respondan dengan purata umur 62 tahun, iaitu 2,243 orang yang mengalami strok dan 2,253 orang tidak mengalami strok.


Dalam kajian itu, peserta ditanya tentang tingkah laku tidur termasuk berapa jam tidur, kualiti tidur, tidur siang, berdengkur, mendengus dan masalah pernafasan semasa tidur.


Hasil kajian mendapati, orang yang tidur terlalu banyak atau terlalu sedikit berkemungkinan berisiko tinggi mendapat strok berbanding orang yang tidur melebihi waktu itu.

Kurang tidur 3 kali ganda berisiko dapat strok

Kajian juga mendapati, sebanyak 162 daripada mereka yang mengalami strok mendapat tidur kurang lima jam, berbanding 43 daripada mereka yang tidak mengalami strok.


Manakala 151 respondan mengalami strok mendapat lebih daripada sembilan jam tidur malam, berbanding 84 daripada mereka yang tidak mengalami strok.


Penyelidik mendapati, orang yang kurang daripada lima jam tidur adalah tiga kali lebih berkemungkinan mendapat strok berbanding mereka yang tidur tujuh jam secara purata.


Orang yang mendapat lebih sembilan jam tidur, lebih dua kali berkemungkinan mendapat strok berbanding mereka yang tidur tujuh jam semalam.


Individu yang tidur siang lebih lama daripada satu jam adalah 88 peratus lebih berkemungkinan mendapat strok berbanding mereka yang tidak.

Berdengkur 91 peratus dapat strok

Penyelidik juga melihat dari segi masalah pernafasan semasa tidur termasuk berdengkur, mendengus dan apnea tidur.


Hasil kajian mendapati orang yang berdengkur adalah 91 peratus lebih berkemungkinan menghidap strok berbanding mereka yang tidak dan orang yang berdengkur hampir tiga kali lebih berkemungkinan untuk diserang strok berbanding mereka yang tidak.


Individu yang mengalami apnea tidur hampir tiga kali lebih berkemungkinan mendapat strok berbanding mereka yang tidak.


Berikutan pelarasan meluas untuk faktor lain boleh menjejaskan risiko strok adalah seperti merokok, aktiviti fizikal, kemurungan dan pengambilan alkohol di mana keputusannya adalah sama.


Mc Carthy berkata, berdasarkan keputusan ini, doktor boleh mengadakan perbualan awal dengan mereka yang mengalami masalah tidur.


"Intervensi untuk memperbaiki tidur juga boleh mengurangkan risiko strok dan harus menjadi subjek penyelidikan pada masa depan," katanya.- AGENSI

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2023 03:31 PM | Show all posts
alamak. kena cuba betulkan masa tidur nih. 7 jam eh yg plg bgs?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 09:09 PM | Show all posts
aku lah tu. balik dah pukul 10, sampai rumah settle mana yg patut dulu dkat pukul 1 baru tidor. pastu bgun 5. entahlah nasib . bgun tu rasa mcm x tdo je. sakit badan pastu sakit kepala.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 10:46 AM | Show all posts
ye ke, bukan makin berusia makin kurang tido, all matters quality sleep.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 01:34 PM | Show all posts
adila39 replied at 12-9-2023 10:46 AM
ye ke, bukan makin berusia makin kurang tido, all matters quality sleep.

setuju..tapi banyak yg pengaruh tidur yg berkualiti includelah waktu yg cukup, environment dan tempat tidur yg bersih, selesa juga..saya prnh bli tilam yg nipis, yg mcm fordable konon org ckp senang nak kemas, last2 saya guna yg coway juga..sbb yg coway ni bahu dan tlg blkg mmg tk sakit sbb i suka tidur mengiring..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2023 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
ohsocloseeee replied at 12-9-2023 01:34 PM
setuju..tapi banyak yg pengaruh tidur yg berkualiti includelah waktu yg cukup, environment dan temp ...

u jual tilam coway ke dik?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2023 09:11 PM | Show all posts
kena tidur cukup tpi pastikan tilam best empuk baru sedap tidur, kalau tak sedap tak dpt tidur yg bagus
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 11:10 PM | Show all posts
ohsocloseeee replied at 12-9-2023 01:34 PM
setuju..tapi banyak yg pengaruh tidur yg berkualiti includelah waktu yg cukup, environment dan temp ...

utk semua jenis size katil ke ada? sy masalahnya tido ngn adik, sabar je lah dia tukar cara tdur rasanya setiap 30 minit. aku sampai tersedarlah sbb aku sensitif dgn gerakan haa. nk bli tilam asing haasng cita..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2023 06:27 AM | Show all posts
ohsocloseeee replied at 12-9-2023 01:34 PM
setuju..tapi banyak yg pengaruh tidur yg berkualiti includelah waktu yg cukup, environment dan temp ...

best sgt ke tilam coway tu? saya tgh cari tilam tapi tilam yg sedap2 mmg mahal
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 06:34 AM | Show all posts
joanna85 replied at 15-9-2023 06:27 AM
best sgt ke tilam coway tu? saya tgh cari tilam tapi tilam yg sedap2 mmg mahal

best tapi mahal la tilam coway ni, kalau tkde bajet ambil tilam yg sesuai dgn bajet awak
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 07:18 AM | Show all posts
joanna85 replied at 15-9-2023 06:27 AM
best sgt ke tilam coway tu? saya tgh cari tilam tapi tilam yg sedap2 mmg mahal

best jugak la rasa badan tak sakit2 bila tidur. dan tak cepat lekat habuk
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 07:19 AM | Show all posts
minastef replied at 15-9-2023 06:34 AM
best tapi mahal la tilam coway ni, kalau tkde bajet ambil tilam yg sesuai dgn bajet awak

mahal sbb dia provide bnyk benda pastu termasuk service jugak so mmg harga dia mcm tu la
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 09:46 PM | Show all posts
joanna85 replied at 15-9-2023 06:27 AM
best sgt ke tilam coway tu? saya tgh cari tilam tapi tilam yg sedap2 mmg mahal

yg ok bg tilam coway sbb saya antra pengguna juga adalah disebabkan korg boleh pilih yg utk rental. so ada choice lah takda nak rasa beban nk kumpul duit dulu. pastu of kos dh include skli dgn servis/
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2023 09:53 PM | Show all posts
agongbaba replied at 15-9-2023 07:19 AM
mahal sbb dia provide bnyk benda pastu termasuk service jugak so mmg harga dia mcm tu la

kan i  dont mind to invest more for body, i mean utk keselesaan with the quality and include such as the service care apa semua and changeable topper. that very reasonable to have all that in that price.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.073587 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list