CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 197|Reply: 1

[Kedah] 'Menggeletar badan lihat 10 kereta pelanggan musnah terbakar'

[Copy link]
Post time 10-4-2023 11:28 PM | Show all posts |Read mode
'Menggeletar badan lihat 10 kereta pelanggan musnah terbakar'


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my





Alor Setar: "Tak sampai 10 minit saya keluar dari bengkel kereta ke syarikat penghantaran barang, tiba-tiba saya terima panggilan daripada jiran memaklumkan bengkel terbakar," kata pemilik bengkel kereta di Jalan Batu 3, Tandop, Azmeer Syaufy Ruslan, 34, yang terbakar hari ini.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, 10 kereta termasuk kereta Mercedes dan BMW yang sedang dibaiki di situ musnah dalam kebakaran.

Menurutnya, bengkel itu beroperasi lebih setahun lalu dan kebanyakan kenderaan yang dihantar pelanggan untuk kegunaan Aidilfitri nanti.

"Saya tak tahu nak cakap apa lagi kerana 10 kereta musnah yang mana enam musnah sepenuhnya, sebuah musnah 50 peratus dan tiga lagi musnah 10 peratus.

"Saya anggaran kerugian awal mencecah RM200,000 kerana banyak yang musnah terbakar.

"Namun saya reda dengan apa yang berlaku kerana ini ujian buat saya walaupun menggeletar seluruh badan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.



KERETA yang musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel kereta di Batu 3, Tandop. FOTO Zuliaty Zulkiffli.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba Wan Azizul Hakim Wan Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu jam 3.11 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Jalan Raja dan Alor Setar tiba di lokasi tidak lama kemudian untuk memadam kebakaran.

"Operasi turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Seberang Nyonya, Kota Sarang Semut, PBS Taman mutiara Mergong, PBS Kampung Baru Rangkaian Simpang Empat, PBS Jalan Alor Mengkudu dan PBS Tanah Merah.

"Kebakaran ini membabitkan sebuah bengkel kereta kelas C yang turut membabitkan 10 kenderaan.

"Api berjaya dikawal pada jam 3.31 petang namun kebakaran ini tidak membabitkan kemalangan jiwa atau kecederaan.

"Operasi tamat pada 4.44 petang," katanya.




Disiarkan pada: April 10, 2023 @ 5:54pm












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-4-2023 11:29 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.056385 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list