CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 197|Reply: 0

[Perak] Pecah rumah bekas isteri, jurukimpal didenda RM3,000

[Copy link]
Post time 10-4-2023 03:08 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Shariman (kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini. FOTO BERNAMA

Ipoh: Seorang jurukimpal didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas kesalahan memecahkan cermin pintu rumah bekas isterinya seperti yang tular menerusi laman sosial, minggu lalu.

Majistret S. Punitha turut memerintahkan Mohd Shariman Zul Kapri, 46, dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mohd Shariman didakwa melakukan perbuatan khianat itu iaitu memecahkan cermin pintu depan sebuah rumah sehingga pecah dengan menggunakan sebatang cangkul dan menyebabkan Salina Sidit, 45, kerugian lebih RM25.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Taman Pinji Indah di sini kira-kira 9 pagi, 4 April lalu mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Hidayu Zakaria manakala peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, G. Harbhajan Singh yang mewakili tertuduh merayu hukuman denda yang rendah atas alasan anak guamnya sudah menyesal dengan tindakannya.

Dalam prosiding berasingan di mahkamah sama, Mohd Shariman mengaku tidak bersalah atas tuduhan memasukkan dadah jenis Methamphetamine ke dalam badan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, kira-kira 6.15 petang, 5 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatin Hosna Mohamad Zikri manakala tertuduh diwakili peguam sama.

Mahkamah membenarkan Mohd Shariman dijamin RM2,000 dan menetapkan 19 Jun depan bagi serahan laporan patologi.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mpal-didenda-rm3000
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.154670 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list