View: 357|Reply: 0
|
Siapa Cakap Makan Telur Puyuh Kolestrol Tinggi? Rupanya Ada 10 Khasiat Yang Kita Tak Tahu!
[Copy link]
|
|
Siapa Cakap Makan Telur Puyuh Kolestrol Tinggi? Rupanya Ada 10 Khasiat Yang Kita Tak Tahu!
Mungkin ramai dalam kalangan kita beranggapan bahawa makan telur puyuh menjadi punca kepada tahap kolestrol mencanak tinggi. Jadi, kita yang menghidap beberapa penyakit tertentu ini mula berasa risau dan menjauhi pengambilan telur puyuh walaupun sudah meleleh air liur teringin nak makan. Tahukah anda bahawa terdapat banyak khasiat telur puyuh yang anda boleh dapat kalau dimakan setiap hari?
Mungkin sedikit mahal harganya di pasaran berbanding telur ayam kerana saiz yang kecil dan kuantiti yang sedikit, namun anda sebenarnya tidak perlu risau untuk makan telur puyuh kerana bukan sahaja menjaga kesihatan, malah katanya boleh meningkatkan tahap metabolisme untuk kekal slim!
10 KHASIAT TELUR PUYUH YANG ANDA BOLEH DAPAT KALAU MAKAN SETIAP HARI
1. MENJAGA KESIHATAN MATA
Di dalam telur puyuh, mempunyai kandungan Vitamin A yang sangat tinggi sebagai fungsi antioksidan. Fungsi antikoksidan adalah untuk melindungi mata dari kerosakan dan menjadikan penglihatan semakin cerah dan tidak mudah rabun. Tidaklah usia muda lagi sudah mempunyai mata yang rabun kan?
2. MENJAGA FUNGSI OTAK
Bukan sahaja untuk mata malah telur puyuh juga sangat bagus untuk sistem neurologi iaitu menjaga fungsi saraf otak. Ia juga berupaya untuk membantu menjaga fungsi kognitif otak orang dewasa selari dengan keupayaan minda.
3. SUMBER PROTEIN
Untuk menghasilkan dan membangunkan sel tubuh dan otot, anda sangat memerlukan kandungan protein yang tinggi. Bukan sahaja terkandung dalam dada ayam, telur puyuh juga membekalkan kandungan protein yang tinggi. Kandungan protein telur puyuh juga tidak banyak beza dengan sebiji telur ayam dan ini boleh menjadi alternatif sumber protein yang baik.
4. BAGUS UNTUK KESIHATAN HATI
Telur puyuh juga dikatakan dapat memberi manfaat kesihatan kepada organ dalaman badan iaitu hati. Manfaat telur puyuh juga dikatakan dapat menstabilkan kadar transaminase ALP, ALT, dan TP, serta mengurangkan risiko penyakit hati.
5. MENINGKATKAN TENAGA
Perasan tak setiap kali makan telur puyuh mesti akan badan akan rasa bertenaga? Ya, telur puyuh juga dianggap bermanfaat untuk membekalkan tenaga kepada badan. Hal ini kerana, kandungan mikronutrien dalam telur puyuh dapat membekalkan tenaga kerana turut mempunyai kandungan protein dan karbohidrat yang tinggi.
6. MENINGKATKAN TAHAP METABOLISME
Bila tahap metabolisme badan semakin meningkat, anda pun sukar untuk menambah berat badan. Tambah pula dah nak Raya, mestilah kena pastikan badan sentiasa slim bukan? Dengan makan telur puyuh, anda boleh meningkatkan tahap metabolisme badan kerana mempunyai kandungan Vitamin B yang tinggi.
7. MENINGKATKAN SISTEM IMUN TUBUH
Selain tinggi dengan kandungan Vitamin A, telur puyuh juga kaya dengan Vitamin C. Seperti yang ramai tahu, Vitamin C sangat bagus untuk sistem imunisasi badan, tambah pula dengan musim virus sekarang. Oleh itu, dengan adanya antioksidan serta gabungan Vitamin A dan C ini dapat membantu untuk melawan jangkitan virus terhadap badan.
8. BAGUS UNTUK ALERGI
Protein ovomucoid yang ada dalam telur puyuh dapat berfungsi untuk meredakan kegatalan akibat alergi. Jika anda mengalami gejala ringan semasa alergi seperti bersin atau radang, mengambil beberapa biji telur puyuh dapat membantu meredakan kegatalan.
9. KURANGKAN RISIKO TERKENA ANEMIA
Penyakit Anemia berlaku apabila tubuh kekurangan sel darah merah sehingga menimbulkan gejala-gejala seperti mudah lelah, sesak nafas, pening kepala sehingga wajah pucat. Kandungan zat besi yang cukup tinggi dalam telur puyuh berkhasiat sebenarnya mampu untuk mencegah anemia.
Ibu hamil merupakan antara kelompok yang sering terkena penyakit anemia kerana kekurangan zat besi. Bukan itu sahaja kandungan zat besi dalam telur puyuh juga lebih mudah diserap tubuh dan disarankan untuk makan setiap hari.
10. MENURUNKAN TEKANAN DARAH
Orang cakap makan telur puyuh sangat tidak sesuai untuk orang yang mempunyai tahap darah yang tinggi bukan, tetapi sebenanrnya salah. Kandungan potassium yang ada dalam telur puyuh berkhasiat dapat menurunkan risiko darah tinggi dan penyakit jantung.
*Boleh juga jadikan telur puyuh ini sebagai menu masakan yang menarik, namun jangan pula makan sampai 20 biji sehari kerana saiznya yang kecil pula ya…
Sumber: SehatQ, SpringCreek
https://siraplimau.com/khasiat-telur-puyuh/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|