“Kalau macam ini, nak makan pun seram.” Itu ungkapan pertama seorang wanita yang melihat ikan pari yang bertukar ‘wajah’ seperti terkena sumpahan selepas dibakar.
Foto itu dimuat naik di Facebook Jue Redzwan menjadi tular dan menerima pelbagai komen orang ramai.
Foto: FB
Rata-ratanya mengatakan rupa ikan pari yang dibakar itu seperti kisah legenda kononnya disumpah kerana menjadi anak derhaka.
“Mungkin ini anak derhaka yang disumpah masa tahun 90-an dahulu kalau tak silap, itu sebab mak dia buat ikan bakar,” seloroh Najih.
“Itulah, derhaka lagi dengan mak, kan dah kena sumpah,” sampuk Cik Nas.
“Kalau ye pun, potonglah dahulu ikan pari itu sebelum bakar, tak lah seram rupanya,” kata Siti. – CARI
teringat zaman ikan pari di sumpah tu... pakej siap ada video kubah masjid terbang berlatarkan background muzik imam masjid sungai besi mengaji agittewww!
lawak betul bila di kenang makhluk2 di zaman tu termasuk iols sekali... sekarang ni baru terbuka mata sikit, dari percaya video2 tu lebih baik percaya pakcik lalok nampak ayoh pink atas bukit... dongak2 ayoh pink lagi tinggi dari dia yang dekat atas bukit... naik helicopter kot...
Post time 30-3-2023 09:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Lama dah tak mkn ikan pari, padahal dulu rajin gak mkn yg bakar dan asam pedas.
Ikan pari ni kalau dapat yg ok blh la telan, dapat yg bau hancing pelik tu pening gak nk mkn.
Suka ikan pari bakar portugis jaaa.
Post time 30-3-2023 09:09 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pemalas betul. Ikan tuka, anak pari pun malas nak siang. Belah la dua dan buang insang tu sebelum masak. Dah la ikan pari ni darah dia agak banyak dekat bahagian tu. Hanyir kalau tak cuci betul2.