CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1931|Reply: 0

RM288,000 harga sekeping tiket aksi terakhir Arsenal

[Copy link]
Post time 30-3-2023 10:42 AM | Show all posts |Read mode

ARSENAL kini selesa memimpin tangga teratas Liga Perdana Inggeris. FOTO EPA

London: Tiket untuk perlawanan terakhir Arsenal dengan Wolves dijual dipasaran dengan harga yang mengejutkan iaitu mencecah £53,000 (RM288,000) setiap keping.

Peminat Gunners mengimpikan untuk melihat pasukan mereka menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 28 Mei.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu kini mempunyai kelebihan lapan mata di hadapan juara bertahan, Manchester City di tempat kedua namun anak buah Pep Guardiola kurang satu perlawanan.

Arsenal menyasarkan untuk memenangi mahkota liga pertama mereka sejak 2004.

Keterujaan peminat Gunners menyaksikan ada yang membeli lebih awal sebelum menjual semula tiket itu di laman sesawang bagi mendapatkan keuntungan yang besar.

Sepasang tiket untuk tempat duduk bawah kini memasuki pasaran dengan harga mengejutkan £53,000 (RM288,000).

Biasanya tiket paling mahal di Centre Upper ialah £131 (RM712).

Ketika penyokong Arsenal makin teruja, penyokong pasukan lain berjenaka bahawa ada sebahagian antara mereka membayar harga yang mahal untuk melihat pasukan kegemaran itu hanya di kedudukan kedua.

Seorang berkata: "Untuk melihat Man City merangkul trofi di skrin besar?"

Seorang lagi menerusi ciapan di Twitter berkata: "Pastinya gembira dapat menjualnya pada harga seperti itu dan City kemudian menang liga."

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... si-terakhir-arsenal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.107412 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list