View: 2512|Reply: 11
|
[Tempatan]
RM500 sehari dengan hanya mengemis di Melaka
[Copy link]
|
|
RM500 sehari dengan hanya mengemis di Melaka
https://www.bharian.com.my/berit ... medium=terkinitabhp
Oleh Nuraliawati Sabri - Mac 30, 2023 @ 10:12am
[email protected]
Antara barangan yang dirampas polis dalam Op Pengemis di bazar Ramadan sekitar Melaka. - Foto PDRM
MELAKA: Hanya 'menjual' nama sekolah agama, sindiket yang menjalankan aktiviti mengemis di bazar Ramadan sekitar negeri ini, dikatakan mampu meraih pendapatan sehingga RM500 sehari.
Ia terbongkar menerusi Op Pengemis yang dijalankan secara bersepadu oleh pasukan Polis Kontinjen Melaka bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Sindiket ini didakwa menyamar sebagai wakil membuatkan kutipan, kononnya untuk pembinaan sebuah sekolah agama di selatan Thailand.
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah, berkata operasi itu dijalankan susulan menerima maklumat awam dan juga tular mengenai aktiviti mengemis membabitkan warga asing bukan sahaja di bazar Ramadan tetapi juga pusat beli belah dan pasar raya sekitar Melaka.
Beliau berkata, sejak operasi itu bermula pada Selasa (28 Mac) sehingga 7.30 malam tadi, seramai tiga lelaki warga Thailand dan seorang warga tempatan berusia antara 33 hingga 46 tahun ditahan selepas disyaki terbabit dalam kegiatan mengemis.
"Hasil siasatan awal dijalankan, polis mendapati lelaki tempatan berusia 35 tahun itu adalah dalang utama yang didakwa bertanggungjawab membawa warga asing itu ke Melaka dengan menggunakan kenderaannya sendiri untuk tujuan mengemis.
"Malah dia turut didakwa bertanggungjawab menguruskan tempat tinggal kesemua pengemis ini di sebuah hotel di Jalan Tun Perak," katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan juga mendapati sindiket ini mampu memperoleh kutipan sehingga RM500 sehari.
Antara barangan yang dirampas polis dalam Op Pengemis di bazar Ramadan sekitar Melaka. - Foto PDRM
"Mereka ini menyasar tapak bazar sekitar Melaka sebagai lokasi utama mereka melakukan aktiviti mengemis ini dan mampu memperoleh kutipan antara RM400 hingga RM500 sehari.
"Mereka mendakwa kononnya kutipan itu untuk pembinaan sekolah agama, namun ia dilakukan tanpa mendapat kebenaran," katanya.
Zainol berkata, selain tangkapan turut dirampas sejumlah wang tunai berjumlah RM736 dan dokumen digunakan bagi tujuan memperdayakan orang ramai.
"Kesemua mereka kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada pengemis pergi kerja naik teksi fixed booking.
|
|
|
|
|
|
|
|
bodoh kan org kita...bg duit senang2 kat pengemis ni...pdhal.... |
|
|
|
|
|
|
|
That is why meolls hati kering tak bagi sedekah kat pengemis jalanan. Meolls derma melalui onloine trf je cth meolls derma ke Al Baakah kepunyyan Ustaz Kazim pojaan hatiku gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Org Mesia kan pemurah demi nak kan saham akhirat. Hujung2 merempan gaji bulan2 tak cukup |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya yang orang buta jual tisu dekat kedai makan pun dapat banyak.. |
|
|
|
|
|
|
|
itu pun weols jarang sangat bagi. firstly, kekadang weols tengah sedap berbual, diorang ni main serbu je sambil bagi salam.
keduanya, weols pernah jumpa aunty cina jual tisu (bukan minta sedekah), untuk pocket tisu 3 pek RM1.00. kalau orang kita jual, 1 pek RM1.00
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 30-3-2023 12:14 PM
mejaputih replied at 30-3-2023 10:57 AM
bodoh kan org kita...bg duit senang2 kat pengemis ni...pdhal....
Memang bodoh.
Bila beli produk tempatan, kraftangan tempatan minta diskaun, minta kurang.
Dengan wargasing bagi duit free free je.
Melayu gambar profile bertudung buka tiktok nampak orang USA jual live tumbler terus komen Camne Nak Beli, Camne Nak Beli.....cam kimak...takda beg kuning dalam tiktok sampai merayu kat Minah Blonde tu letak beg kuning. Dah perangai gampang pakej dengan bodoh sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ekselen at 30-3-2023 02:18 PM
mejaputih replied at 30-3-2023 10:57 AM
bodoh kan org kita...bg duit senang2 kat pengemis ni...pdhal....
Nanti bila dah xde duit diorg mintak kat kerajaan plk...Bila ada duit xnk menabung dok sibuk mengkayakan org asing... |
|
|
|
|
|
|
|
nanti jawapannye, biar la. tu antara die dgn tuhan. janji dpt pahala kan. |
|
|
|
|
|
|
|
alah dekat utube fb pun iols meluat tgok org duk mintak2 derma bagai pastu ckap pasal pahala n saham akhirat. derma pun boleh jd iklan skrg. mcm2..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tok Arab derma 1MDB tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
| |
|