CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6245|Reply: 0

Teknik Berbincang Suami Isteri, Ini Petua 3 Waktu Terbaik!- Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah

[Copy link]
Post time 29-3-2023 07:11 AM | Show all posts |Read mode
Teknik Berbincang Suami Isteri, Ini Petua 3 Waktu Terbaik!- Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah



Dalam kehidupan berumah tangga adalah normal buat pasangan suami isteri melalui fasa persengketaan. Semuanya tidak selalu cerah kerana yang gelap juga mengajar erti saling melengkapi antara satu sama lain. Disebabkan itu, pentingnya pasangan untuk mengetahui teknik berbincang suami isteri.

Duduk berbincang adalah perkara yang wajar dilakukan untuk menyelesaikan konflik yang berlaku, di mana pasangan perlu tahu waktu yang tepat dan tempat yang betul. Justeru itu, petua berbincang antara pasangan perlulah dimanfaatkan pada 3 waktu terbaik ini seperti dikongsikan oleh Dato’ Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah.

TEKNIK BERBINCANG SUAMI ISTERI PADA 3 WAKTU TERBAIK INI


Gambar hiasan: TheAsianParent.

Para isteri, selalu beringat ya.

Kata-kata kalian itu biasanya tajam berbisa. Ditambah lagi dengan intonasi yang nyaring memang buat telinga suami jadi panas. Jika ada yang tak puas hati atau nak suarakan sesuatu, tunggulah keadaan sesuai dan reda.

Bukan masa suami pulang kerja, sedang berpenat lelah itu, kalian tabur segala-gala isi yang terbuku lama. Masa itu, jika silap percaturan memang boleh perang besar atau kalau jenis suami tak kisah, waktu itulah dia buat tak peduli sahaja.

Maka, luahan kalian hanya tinggal bebelan yang tiada kesan pun pada kebaikan rumahtangga.

3 WAKTU TERBAIK TEKNIK BERBINCANG BERSAMA SUAMI
Petua terbaik untuk berbincang dengan suami adalah 3 waktu ini.


Gambar hiasan: Pa&Ma.

1. SELEPAS SOLAT BERJEMAAH
Waktu sudah berdoa dan bersalaman, waktu inilah suasana harmoni dan tenang. Boleh suarakan dengan penuh adab dan halus. Pasti suami dengar.

2. SELEPAS MAKAN BERSAMA
Waktu perut dah kenyang, hati pun jadi senang. Masa ini boleh suarakan dengan berhemah dan lemah lembut.

3. SEBELUM TIDUR
Waktu sebelum lelap mata tu, budayakan memohon maaf pada suami. Kemudian tegurlah apa yang perlu. Masa itu, bila suasana tenang dan senyap, suami mungkin dengar.

Tetapi kalau sudah mengantuk tu, tak boleh buat apa. Kena praktis cara pertama atau kedua. Hehe.

JADILAH BIJAK DALAM MEMILIH WAKTU & TEMPAT UNTUK BERKOMUNIKASI
Para isteri,

Komunikasi dalam rumahtangga memang perlu. Tetapi kita kena bijak melihat waktu dan tempatnya juga. Agar yang disampaikan harmoni serta tidak melukakan hati mana-mana pihak.

Ingat, bahagia bukan sehari dua sahaja. Kita nak bahagia sampai syurga. Bahagia terus ya!

Sumber: Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
https://siraplimau.com/teknik-berbincang-suami-isteri/


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.038795 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list