View: 5763|Reply: 42
|
Nampak Orang Berdiri Tepi Tingkap, Suara Menangis- Enam Blok Kuarters Guru Terbiar Lama Sampai Jadi Rumah Hantu
[Copy link]
|
|
SEGAMAT – Diumpamakan sebagai rumah berhantu kerana terlalu lama dibiarkan kosong hingga mengundang pelbagai kejadian seram, penduduk di pekan Labis menggesa pihak berkuasa supaya berbuat sesuatu ke atas enam blok kuarters guru yang terbiar.
Pengadu dikenali sebagai Rahman, 55, berkata, blok bersebelahan Sekolah Kebangsaan (SK) Labis yang mempunyai 48 pintu itu dibina bagi menempatkan guru yang mengajar di pekan Labis di sini, namun ia tidak pernah diduduki sebaik ia siap pada 2008.
Katanya, penduduk tertanya-tanya mengapa banyak kuarters dibina di situ sedangkan kebanyakan guru SK Labis sudah mempunyai kediaman sendiri berhampiran sekolah.
Foto: Kosmo
“Kuarters itu menyeramkan pada waktu malam kerana kedudukannya berhadapan dengan Tanah Perkuburan Islam Labis.
“Pernah terjadi ketika saya dan rakan lalu di depan kuarters saya nampak seperti ada orang berdiri di tingkap salah sebuah bangunan itu dan apabila diamati betul-betul kedengaran suara seperti wanita menangis,” katanya kepada Kosmo!.
Menurut Rahman, apabila teringatkan bangunan itu tiada penghuni, mereka pantas meninggalkan kawasan itu dan tidak lagi berani untuk mendekati perumahan tersebut terutama pada waktu malam.
Sementara itu, Rosli Mohamad, 41, berkata, satu resolusi terbaik perlu dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membolehkan pembangunan bernilai jutaan ringgit itu tidak disia-siakan.
Ujarnya, jika tiada jalan penyelesaian adalah lebih baik bangunan itu diserahkan kepada kerajaan untuk ditukar fungsinya agar dapat dimanfaatkan penduduk setempat daripada terbiar dan rosak tanpa sebarang faedah pembinaannya.
“Bangunan ini juga sepatutnya dikawal selia dengan baik agak tidak menjadi macam rumah berhantu seperti yang ada sekarang, malah juga boleh dijadikan sebagai pusat penempatan mangsa bencana pada masa akan datang,” katanya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg perlu anda buat hanyalah...'meniaga tanpa kos'...rumah dh ada..hantu dh ada...apa lg..jual tiket jer la.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 27-3-2023 10:46 AM
Ni masuk benang mps
Sibok la ko.. jaga benang gosip murahan ko sudah la. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 27-3-2023 11:08 AM
Msia ni ramai homeless tapi boleh lak KERA jaan lama selamba membazir beratus juta bina rumah hantu |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik kuarters tu.
Takpa la. Boleh mahkluk Tuhan lain numpang tinggal. Meka pun nak rumah selesa jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam Kuarters Guru sebelah SK Pandan, Kuantan juga dah berbelas tahun takde Cikgu duduk. Lepas kes cikgu bunuh bidan , semua pakat pindah keluar. Sayang betul...fasiliti cantik & tersusun kerajaan dah sediakan, tapi tak diaturguna dengan baik & terancang. Banyak kuarters guru terima nasib yang sama ... terbiar sampai lusuh macam rumah hantu. |
|
|
|
|
|
|
|
gila lah cikgu bunuh bidan... rare
|
|
|
|
|
|
|
|
kerunai replied at 27-3-2023 11:03 AM
gila lah cikgu bunuh bidan... rare
Zaman sekarang takde apa yang rare. Cikgu tu pun dah dapat hukuman dia 18 tahun penjara. |
|
|
|
|
|
|
|
iras fasha sandha la cikgu tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Serius laaa 6 blok??? Rugi je kpm bina krts guru situ. Kat swk ni bukan takat kurg yg nampak elok camtu, kurang maintenance melambak kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
momoruru replied at 27-3-2023 11:11 AM
Zaman sekarang takde apa yang rare. Cikgu tu pun dah dapat hukuman dia 18 tahun penjara.
Ade bc kes ni, apa motif dia ek
Dah la dia pregnant masa tu..
Seram la ek |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 27-3-2023 11:17 AM
iras fasha sandha la cikgu tu
Comel kan cikgu tu... Motif kalau tak salah sebab dia nak rembat barang kemas arwah bidan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa buat tapi tak pernah duduk?
Kuarters mcm ni kalau kat bandar berebut2 org nak. Rugi. |
|
|
|
|
|
|
|
Entah2 pompuan tu nanges putus cinta rasa nak bunuh diri tapi tak jadi
Tibe2 ada org lalu..dpt idea nak takutkan orang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak silap tahun 2014 kot aku pernah pergi sini, tak ingat dah, rs masa tu masih ada org tgal lg, nampak mcm kuarters baru je design, tp x tau laaaa ni..
Banyak betul pembaziran kerajaan ni, klu repair balik, bukak utk sewakan dgn murah2, aku rasa ramai je nak, lg zaman2 gawat ni, dpt gak cover kos penyelenggaraan dan lelain, target mereka2 yg memg memerlukan, tak silap aku kat muar ada quarters ke ape yg di buka utk org luar sewa. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak kuaters jd mcm ni skrg...sudah tiba masanya kerajaan.mana2 kerajaan yg berkuasa lepas ni..fikirkan utk transform rumah ni kat penjawat2 awam yg duduk PJJ...
dari biar jadi rumah hantu |
|
|
|
|
|
|
|
cikgu gaji besar pun terliur barang kemas orang ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
owh tu motif dia
tp yg peliknya dia sndri pun pregnant 5 bulan
ke ada mslh mental
tp mesti dh evaluation jgk kt hosp kan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|