CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5205|Reply: 0

Akhyar berjaya padam keraguan penyokong

[Copy link]
Post time 25-3-2023 09:38 AM | Show all posts |Read mode
Akhyar berjaya padam keraguan penyokong


Pemain skuad Harimau Malaya, Akhyar AbRashid (kanan) menewaskan penjaga gol Turkmenistan, Charyyev Rasul (depan) pada aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, semalam. Malaysia menang 1-0. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Dengan hanya 52 minit 'tempoh bermain' bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) pada musim ini, pemilihan Akhyar Rashid ke skuad kebangsaan menimbulkan persoalan dalam kalangan penyokong.

Rata-ratanya hairan mengapa pemain yang lebih kerap memanaskan bangku simpanan itu diberi kepercayaan untuk menyertai kem skuad kebangsaan bagi menghadapi dua aksi persahabatan berdepan Turkmenistan dan Hong Kong.

Namun, pemain berusia 24 tahun itu memadamkan keraguan penyokong tempatan dengan aksi kemas apabila berjaya meledak gol kemenangan ke atas Turkmenistan minit ke-28 pada perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, semalam.

Jaringan tunggal itu membolehkan skuad bimbingan Kim Pan Gon mengutip 5.27 mata bagi ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang pasti membantu skuad Harimau Malaya memperbaiki kedudukan ranking.

Jaringan itu turut menghantar mesej betapa kurang minit di kelab tidak membuatkan pemain itu 'berkarat' walaupun kesungguhan untuk membuktikan sesuatu itu membuatkan dia sedikit tamak ketika ada pilihan untuk rakan menjaringkan gol.

Jika Akhyar terus konsisten di peringkat antarabangsa, tidak hairanlah mengapa pemain ini berada dalam senarai Pan Gon sekalipun gagal bersaing di peringkat kelab.

Bagi aksi kelmarin, Pan Gon turut menurunkan empat muka baharu yang berjaya meraih penampilan sulung dengan dua daripadanya membarisi kesebelasan utama iaitu Paulo Josue dan Endrick dos Santos.

Rentak Samba yang diharapkan tampaknya belum berada pada tahap maksimum - mengambil kira ini kali pertama dua 'Harimau Import' itu bergandingan serta aksi sulung mereka di pentas antarabangsa.

Namun ada beberapa detik positif ditunjukkan kedua-dua pemain ini walaupun keserasian belum cukup baik sekali gus memberi petanda dua pemain ini mampu memberi dimensi baharu kepada skuad kebangsaan.

Antaranya, kualiti hantaran Josue yang agak baik dan nyaris meraih gol pada minit ke-23 sebelum tandukannya ditepis Charryev Rasul serta percubaan jarak jauhnya pada minit ke-45.

Endrick pula agak bergelut dan beberapa kali kehilangan bola namun hantaran lolosnya pada minit ke-37 menemui Akhyar cuma sayangnya, tidak dapat diterjemahkan kepada gol.

Penampilan Endrick hanya bertahan sehingga babak pertama dan dia digantikan dengan Nooa Laine pada babak kedua dengan pemain itu beraksi di posisi nombor enam.

Pemerhatian kasar sepanjang tempoh 45 minit, pemain berdarah Finland-Malaysia ini nampak tenang mengatasi asakan Turkmenistan dan banyak lagi yang boleh disajikan oleh pemain berpengkalan di Finland ini.

Secara keseluruhan, ia bukanlah aksi yang boleh dilabel lima bintang namun apa yang penting, misi utama untuk meraih kemenangan berjaya disempurnakan.


Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... -keraguan-penyokong

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.311355 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list