View: 5786|Reply: 22
|
CEO TikTok Gagal Yakinkan AS Ia Tak Bawa Ancaman
[Copy link]
|
|
Pengharaman TikTok di Amerika Syarikat (AS) mungkin menjadi kenyataan selepas pengurusan tertinggi pengendali aplikasi itu gagal meyakinkan ia tidak membawa ancaman kepada negara itu.
Jawapan diberi Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi Chew dalam satu sesi soal siasat Jawatankuasa Kongres AS Khamis lalu, tidak banyak membantu meyakinkan penggubal undang-undang AS, bahawa aplikasi itu tiada kaitan dengan kerajaan China terutama dalam mengintip AS.
Jelasnya, ByteDance bukan ejen pengintip China atau mana-mana negara ketika diajukan soalan bertubi-tubi daripada wakil kongres sama ada syarikat induk TikTok itu mengintip AS.
 The Washington Post
Katanya, aplikasi itu tidak mempromosikan atau mengalih keluar kandungan atas permintaan kerajaan China.
Malah, syarikat itu komited untuk tidak dimanipulasi oleh mana-mana kerajaan.
"TikTok juga komited mengutamakan keselamatan pengguna, memantau dan menyaring data AS daripada akses asing yang tidak dibenarkan, selain memastikan aplikasi itu adalah platform untuk ekspresi bebas dan memberikan akses kepada pemantau bebas.
"TikTok juga menghalang kandungan berbahaya daripada diakses kanak-kanak di bawah umur termasuk mewujudkan kawalan ibu bapa baharu yang membolehkan orang dewasa mengehadkan masa skrin," katanya.
Pengerusi jawatankuasa itu, Cathy McMorris Rodgers berkata, pihaknya tidak percaya TikTok akan menjadi lambang kebebasan, hak asasi dan inovasi di AS.
"China boleh menggunakan aplikasi itu sebagai alat untuk memanipulasi Amerika secara keseluruhan.
"TikTok berulang kali memilih laluan untuk lebih mengawal dan manipulasi 'platform anda harus diharamkan'," katanya.
Kongres mencari jaminan mengenai keselamatan untuk kanak-kanak bawah 18 tahun dengan ramai wakil menolak hujah Shou mengenai keselamatan TikTok.
Pentadbiran Presiden Joe Biden baru-baru ini berkata, TikTok boleh diharamkan di AS jika China tidak menjual kepentingan mereka dalam syarikat itu.
Aplikasi itu diharamkan pada peranti kerajaan persekutuan untuk ahli Kongres dan tentera.
Kerajaan barat lain termasuk Kesatuan Eropah (EU), Kanada dan New Zealand juga mengharamkan TikTok.
United Kingdom juga mengumumkan pengharaman aplikasi pada peranti kerajaan.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
meanwhile ummah meleis dari akak cleaner sampai piyem kalau boleh nak ada tiktok... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 24-3-2023 07:21 PM
who cares. US will collapse anyway.
impact from 2 trillion USD new printed money,
bakal jadi impact besau.
sket masa lagi bakal civil war di sana
so bila guna media US base, dan sekat media luar,
senang dia nak control news & information. 
sebab TT ni ler, public di sana dan satu donia,
dapat info pasai recent environmental disaster terbesar donia,
di palestine, Ohio, USA
media sana buat dek jer, macam takde apa2,
chemical terbakar sampai berminggu, hujan acid, drink water contimated,
makanan dan sungai beracun, bomba takde support dan lelain
US mmg hipokrit gilers 
|
|
|
|
|
|
|
|
Shou Chew ni just a puppet je lah.. padan muka kena grill 5 jam sama Congress! |
|
|
|
|
|
|
|
haramkan je
move on la
biasa je software, app, media social ni bersilih ganti
dulu ada vine, sekarang ada tiktok
dulu semua kat fesbuk, pastu pindah ke twitter bagai
next thing we know, masing2 merempan dan bergaduh di media social baru
waktu tu, bukan korang kisah pun apa jadi kat so yesterday websites ni
Iols je antara gigih kat forum cari ni, nak cukupkan 20 tahun |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 24-3-2023 10:59 PM
siapa yang follow live semalam,
ceo tiktok vs us congressman,
boleh tengok 22 ekor boomer level2 atok dan nenek,
yang bagi soalan2 bodoh pada ceo TT
hari ni bersepah video dari US masuk fyp komen pasal isu ni,
kesian boomer kena kutuk dengan generasi baru US.
nampak nau si tua bangka bodoh social media 
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 25-3-2023 12:00 AM
cukup la 10, bagi paham isu.
supaya tak jadi samdol lagi badigol yg ignorant
gomen US dan ally in europe, they ban and blacklist TT,
atas sebab agenda dan kepentingan tertentu,
tapi propa bagi alasan safety and security risk.
jangan politician negara ni pun ada yg sama jadi pak pandir bercita2 nak jadi kaki jilat 
TT ni jer satu2 nya medium socmed yang ada,
boleh dapat berita dan info, direct dari rakyat level marhaen.
dan boleh connect dengan orang2 yang sekepala, sekufu dan sefikrah
media lain - mainstream & other socmed,
semua control, di tapis dan censored oleh gomen.
itu yang gomen takut, lost of CONTROL 
|
|
|
|
|
|
|
|
CEO ni nampak sedap ya. Dahlah pakej pandai and keep calm |
|
|
|
|
|
|
|
Jawapan standard.. “i will get back to you”
 |
|
|
|
|
|
|
| |
|