CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5618|Reply: 32

Meroyan "Don't Touch My Girlfriend", Mat Salih Mengamuk Disuruh Perlahankan Kenderaan

[Copy link]
Post time 24-3-2023 09:26 AM | Show all posts |Read mode
Rakaman video warga asing mengamuk sehingga mencetus kekecohan menjadi tular di Indonesia.


Bukan sahaja marah-marah, malah lelaki itu turut menyerang petugas di sebuah kampung di Kuta Selatan, Bali, Indonesia.




Twitter @Heraloebss




Menurut Kompas, kejadian berlaku ketika upacara Melasti (satu upacara penyucian diri) yang dilakukan sebelum berlakunya Hari Raya Nyepi oleh seluruh penganut Hindu di Bali.


Punca kejadian itu adalah disebabkan warga asing tersebut lalu di kawasan upacara Melasti itu diadakan dan disuruh petugas  untuk memperlahankan kelajuan motornya.


Ketua Perhubungan Awam yang juga Ketua Pesuruhjaya Polis, Stefanus Satake Bayu Setianto mengesahkan kejadian ini pada 19 Mac lalu.


“Ketika mendapatkan keterangan daripada tiga orang saksi di lokasi, kejadian itu berlaku ketika orang ramai sudah pun meninggalkan lokasi untuk menaiki kenderaan masing-masing.


Bagaimanapun, dua warga asing terdiri daripada lelaki dan wanita yang menunggang motosikal bernombor plat DK 6181 DN turut lalu dan petugas terbabit segera memberhentikan kenderaan mereka.


Ia menyebabkan warga asing wanita itu turun dari motosikal sambil merungut dan marah-marah.


Manakala lelaki warga asing itu tiba-tiba turun motor dan serang petugas sambil menjerit “Don’t touch my girlfriend” kerana dia mendakwa petugas cuba menyentuh teman wanitanya.





Twitter @Heraloebss



“Petugas merasakan tiada siapa yang menyentuh kekasih tetamu atau warga asing itu, tambahan pula tetamu atau warga asing itu mencabar petugas yang menjalankan kawalan keselamatan untuk aktiviti Melasti,” kata Stefanus.


Difahamkan kekecohan antara petugas dan dua warga Rusia itu telah diredakan.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2023 09:37 AM | Show all posts
kuang ajaqq punye omputih dtg tmpt org tnjk bsr kepala
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 09:38 AM | Show all posts
Pegi tempat org pastu buat kepala sendiri. Mmg ada chance akan dihalau & black list dari masuk Bali.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 09:41 AM | Show all posts
Edited by damsel_fiji at 24-3-2023 09:43 AM

kat bali (act bukan bali jah, thai, vietnam etc pon)  mmg ramai local dah menyampah dgn bule2 ni ya..sejenis x hormat culture n sensitiviti masyarakat setempat..dgrnya certain negara bakalan kena banned masuk bali pasnih..
ummah malaysia je masih hadap dgn kokesen ni..kna puji2 skit kt youtube kemain masing2 menangis hiba sambil menaip proud to be Malaysian
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
damsel_fiji replied at 24-3-2023 09:41 AM
kat bali (act bukan bali jah, thai, vietnam etc pon)  mmg ramai local dah menyampah dgn bule2 ni ya. ...

Ni betul sgt...I mmg geli baca komen proud to be Malaysian tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi..mcm belum ada kejadian om puteh buat hal di malaysia setskat ni dekat online media
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2023 10:04 AM | Show all posts
darkness replied at 24-3-2023 09:58 AM
Tapi..mcm belum ada kejadian om puteh buat hal di malaysia setskat ni dekat online media

ada kes mat salleh mabuk nak bergaduh dgn geng lokal , sekali mat salleh ni kena bantai smpai berdarah , pastu minta tolong pula...,help2 my my friend cant breath, he is injured,

diorang ni kalo bantai orang takpe, i m protecting my self,

tp kalo kena bantai dia akan cakap look how barbaric this 3 world country citizen, they are uncivilized..


fak tu la,
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 10:06 AM | Show all posts
sekali tengkuk kena kunci terus diam..
ingat kuat sangat la tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2023 10:06 AM | Show all posts
dua warga Rusia
Eloklah, Bali pun dah meluat kan nak stopkan visa on arrival derang ni.

Trouble in paradise as Bali loses patience with Russians, Ukrainians fleeing war

“Whenever we get reports about a foreigner behaving badly, it’s almost always Russian,” a local police officer in the town of Kuta told CNN, declining to be identified due to sensitivities surrounding the issue.

“Foreigners come to Bali but they behave like they are above the law. This has always been the case and it has to finally stop,” he said.


----------
Lebih kurang macam Acheh la kan yo yo sanggup terima Rohingya, last2 derang pun tak tahan halau.

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 10:08 AM | Show all posts
salimrock replied at 24-3-2023 10:04 AM
ada kes mat salleh mabuk nak bergaduh dgn geng lokal , sekali mat salleh ni kena bantai smpai berd ...

Ada sekor mat salleh ozzie (kawan atas kawan) ni kena bantai kat bali dgn locals sampai patah tulang peha lari ke malaysia.  Sebabnya mula2 ok balinese ni welcome lama2 dia macam naik kepala mabuk2 kacau anak dara orang, maki locals bodoh etc etc...ha mendapatlah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 10:40 AM | Show all posts
dlm komen kata mmg ada org yg dok pgg gf dia. version tu betui ka dak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 10:41 AM | Show all posts
Kokoesen bule ni fefeling entitled pulak kan dah kene head lock.. ekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni patutnya hantar pulang saja..bust menyemak
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh nye pelancong ni.. dah mmg hari nyepi kan... tak perlu laa buat kecoh hina upacara orang...

Dia sepatutnya tahu hari cuti perayaan negara orang
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 11:01 AM | Show all posts
deme ni berlagak sbb nilai duit deme tinggi ke chuolls...
elok disumpitkan aje
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 11:19 AM | Show all posts
aku harap Jepun tegas dgn omputih ni. jangan jadi mcm bali.
byk omputih sekarang kat socmed buat mcm trend yg bertentang dgn culture Jepun. kata cakap2 bising dalam train is normal la, makan sambin jalan is ok. tak beratur elok2 pun takpe coz Japanese tak kisah pun. pala hotak dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2023 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
taji2906 replied at 24-3-2023 11:19 AM
aku harap Jepun tegas dgn omputih ni. jangan jadi mcm bali.
byk omputih sekarang kat socmed buat mcm ...

Makin ramai buat content
Mcmana hidup di jepun...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 11:43 AM | Show all posts
ye ke selamat tu


Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 11:48 AM | Show all posts
mamat tarik rambut tu paling win.......
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2023 11:49 AM | Show all posts
mamat tarik rambut tu paling win..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.072880 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list