Ustaz Azhar Idrus (UAI) hadir di sebuah masjid di Kuala Terengganu untuk memberi ceramah Pada 7 Mac lepas.
Satu video di TikTok menarik perhatian ramai apaila UAI memandang ke arah atas masjid tatkala sedang asyik bercakap.
Video berdurasi 0:39 saat itu menunjukkan UAI sedang memberi ceramah berkaitan makhluk ciptaan Allah.
Semasa sedang asyik bercakap, tiba-tiba UAI dilihat memandang ke arah atas masjid secara tiba-tiba.
Momen tersebut berjaya dirakam oleh seorang individu yang mendakwa pandangan UAI pada waktu itu sama seperti melihat kelibat.
Tambah individu tersebut, dia turut melihat ke arah atas masjid namun tak nampak apa-apa.
Disebabkan itu timbul pelbagai tanda tanya dan persoalan di kalangan netizen.
Di ruangan komen ramai yang berdoa agar UIA sentiasa dilindungi Allah.
Malah ramai yang meluahkan kebimbangan sekiranya terjadi apa-apa kepada dirinya.
Baru-baru ini, UAI dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah kesihatan membabitkan paru-paru dan jantung. Selepas beberapa hari berada di dalam wad dan keadaan kesihatan semakin pulih, beliau dibenarkan pulang ke rumah. -CARI