CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15540|Reply: 41

M40 Pun Tak Tahan Yuran Tadika Mahal, Berebut Hantar Anak Ke Prasekolah

[Copy link]
Post time 21-3-2023 05:54 PM | Show all posts |Read mode
Ramai ibu bapa termasuk golongan M40 berebut mahu menghantar anak ke prasekolah berikutan yuran Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) yang semakin mahal di kala kos sara hidup semakin mencanak.


Situasi itu dapat dilihat apabila banyak permohonan dibuat ibu bapa tahun ini selain mereka memohon kerajaan memperbanyakkan kelas prasekolah.


Menurut Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Pihak Swasta (PIBKS) Kedah, Zainol Abidin Mohamad, prasekolah menjadi rebutan pertama kerana tiada yuran dikenakan berban­ding tadika swasta yang semakin tinggi yuran setiap tahun.




Gambar hiasan




“Mana ibu bapa nak tahan, kalau anak ramai bersekolah.


“Kedua, ibu bapa semakin yakin dengan silibus prasekolah yang mengikut Kementerian Pendidikan, malah guru besar juga sentiasa memantau perkembangan murid-murid ini,” katanya ketika dihubungi semalam.


Tambah Zainol, faktor lain yang membuatkan prasekolah menjadi pilihan ramai walaupun hanya diberi kepada pelajar golongan kurang berkemam­puan termasuk B40 sahaja adalah kawalan keselamatan di sekolah.


“Selain itu, prasekolah juga memberi pendedahan awal terbaik untuk kanak-kanak sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan sebenar nanti daripada segi persekitarannya,” ujarnya.


Kata Zainol, ibu bapa yang terpaksa menghantar anak ­masing-masing ke tadika swasta bukan sahaja dibebani dengan kos yuran yang tinggi, malah perbelanjaan lain termasuk tambang pengangkutan.


“Tempat prasekolah memang terhad jadi kita mahu cadangkan kepada kerajaan jika berkemampuan selepas ini perbanyakkan kelas prasekolah.


“Selain daripada segi pe­nempatan, anak-anak kita dapat pembelajaran yang lebih sistematik dan memenuhi aspirasi pendidikan negara pada usia masih muda,” jelasnya.


Tambahnya, permohonan kemasukan murid ke prasekolah juga agak ketat dan pemilihan akan dilakukan secara menyeluruh oleh pihak sekolah.


Dalam pada itu, menurut Pengarah Pendidikan negeri, Rozaini Ahmad, seramai 13,667 murid diterima masuk ke prasekolah di seluruh Kedah bagi sesi baharu persekolahan yang bermula kelmarin.


“Kita mengakui menerima banyak permohonan untuk kemasukan ke prasekolah ini, malah ada ibu bapa yang ingin menghantar anak mereka seawal usia lima tahun.


“Namun, kelas prasekolah kita masih terhad dan berharap pada masa hadapan kelas ini akan diperbanyakkan,” katanya.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2023 07:56 PM | Show all posts
Syukur anak sorang so rasa cam segan gila nak hantar playschool kerajaan, ialah takut ambil hak orang yang lebih memerlukan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dpt memang teringin tp apakan daya
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 09:58 PM | Show all posts
iols terpaksa hantar pra sebab itu the best choice, tadika swasta dekat2 rumah semua penuh. yang ada kosong jauh pulak, susah nak ambik hantar. subur betul mak mak di kejiranan iols ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 21-3-2023 09:58 PM
iols terpaksa hantar pra sebab itu the best choice, tadika swasta dekat2 rumah semua penuh. yang ada ...

Macam terbalik pulak kes uolss ni. Kalau kat tempat iolss, pra penuh. Tadika swasta ada la kosong. Pra yg kat rumah iolss ni strict sikit. Anak cikgu yg sekolah situ pun tak dapat pra kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 11:50 PM | Show all posts
Aku pernah mohon, sekolah call kata maaf ye puan permohonan tidak berjaya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-3-2023 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols baru tahun ni Cuba anak utk masuk pra
Tapi anak iols 5 tahun dah..masuk tadika dkt rumah ni je..
Cuba nasib.
Kalau dpt..dpt la..kalau tak dpt..teruskan aje tadika yang sekarang...
Anak iols happy je masuk skola..dia happy..iols pung happy..haha
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 09:55 AM | Show all posts
iols cuba riki2 jugak pasal pra sekolah sebab anak dah 3y tahun depan 4y.
taska sekarng ni ada sampai 6y tapi ingat 4y-6y nak ke tadika pasti je la
murah berganda2 dalam rm145 sebulan. then ada transit pulak tu. okay la kan. maybe total dalam rm300 400 je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2023 09:58 AM | Show all posts
mmg mahal mengalahkan apa tadika swasta ek... masuk U pun aku tk rasa mahal mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
anak aku prasekolah kt sini siapa cepat dia dapat, kebetulan sebelah tempat kerja aku
jadi aku uruskan lah dia dri gie sampai balik, pas hbs pra duduk dgn aku
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 10:31 AM | Show all posts
iollss alhamdulillah dapat pra untuk dua tahun..sbab tadika lain2 jauh dri tempat iollss..da la duduk kampung kat pedalaman so dpat la merasa sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 10:32 AM | Show all posts
shernazz replied at 22-3-2023 07:23 AM
Iols baru tahun ni Cuba anak utk masuk pra
Tapi anak iols 5 tahun dah..masuk tadika dkt rumah ni je. ...

boleh try untuk tahun dpan..daftar kat website dalam bulan mei ni

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 21-3-2023 07:56 PM
Syukur anak sorang so rasa cam segan gila nak hantar playschool kerajaan, ialah takut ambil hak oran ...

Iteww pun dengarnyer anak org lain....dijadikheun anak angkat...

Apa betul kewww?

Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 22-3-2023 07:23 AM
Iols baru tahun ni Cuba anak utk masuk pra
Tapi anak iols 5 tahun dah..masuk tadika dkt rumah ni je. ...

Semoga jadi org dah besar nanti...jgn jadi mongek...terlonjat lonjat macam maknyer....

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 22-3-2023 10:51 AM

Masa anak sulong tak dapat pra
Tadika perpaduan pun tak dapat
Anak no 2 try minta 2 kali masa umur 6 tahun baru dapat
Terkejut gak dapat.
Iols hantar awal2 permohonan 1/3 bukak tu iols dah submit awal.
So sapa2 nak masuk pra cuba la hantar awal2.
Insya Allah ada rezeki mana tau.


Kalau kawasan pinggir bandar byk je kekosongan utk pra dan tadika kemas
Takyah nk pilih2 pun siapa hantar permohonan maka dapatla.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie replied at 22-3-2023 10:32 AM
boleh try untuk tahun dpan..daftar kat website dalam bulan mei ni

Bkn ke bulan 3, iaitu skrg?sbb cikgu pra sek anak iols ada je bg info utk kemasukan tahun depan dah boleh mohon 1/3.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2023 10:49 AM | Show all posts
Suchi replied at 22-3-2023 10:47 AM
Bkn ke bulan 3, iaitu skrg?sbb cikgu pra sek anak iols ada je bg info utk kemasukan tahun depan da ...

oh, yeke?yg iollss dapat info bulan mei sma dgan pendaftaran darjah satu..maaf klu iollss salah..

Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 10:49 AM | Show all posts
nasib anak aku da tahun satu,cuma skrg ni berebut plak kafa kat sekolah rendah
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie replied at 22-3-2023 10:49 AM
oh, yeke?yg iollss dapat info bulan mei sma dgan pendaftaran darjah satu..maaf klu iollss salah..
...

Ya darjah 1 tu yg tangguh plak bulan mei, tp pra ni mmg dah dibuka 1/3 aritu.


Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2023 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 22-3-2023 10:49 AM
nasib anak aku da tahun satu,cuma skrg ni berebut plak kafa kat sekolah rendah


Anak iols yg darjah 1 tak amik kafa lagi tahun ni. Takde kekosongan, ada kafa swasta baru buka tp waktu dia abis lambat plak.
Kang tak sempat nk bersiap g sek keb plak.
So tgkla tahun depan cemana.

SRA jauh plak dr umah tgh bandar yg biasanya jalan jem teruk tu.
Tapak utk bina SRA kat tempat tinggal iols ni dah diluluskan tahun lepas tp bila akan dibina sekolah tu xtau laa sbb katanya perlukan dana juga.
Nak mohon tapak pun amik masa bertahun2 dr 2007 kot tak salah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.355115 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list