CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2173|Reply: 0

'Brighton akan kalahkan United'

[Copy link]
Post time 21-3-2023 12:08 PM | Show all posts |Read mode

Pemain Manchester United, Marcel Sabitzer (tengah) menjaringkan gol kedua pasukannya ketika aksi suku akhir Piala FA menentang Fulham di Old Trafford. - AFP

MANCHESTER: Roy Keane mengkritik Manchester United yang menang 3-1 ke atas Fulham di Old Trafford apabila menyifatkan corak permainan The Red Devils 'begitu teruk sehingga sukar dipercayai.'

Anak buah Erik Ten Hag bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mara ke separuh akhir Piala FA selepas Fulham mensia-siakan gol pembukaan dan terpaksa beraksi dengan sembilan pemain ketika aksi berbaki 18 minit.

Di sebalik kemenangan itu, Keane mengakui dia tidak teruja dengan bekas pasukannya dan percaya Ten Hag juga 'kecewa' dengan aksi yang diperagakan.

"Perkara paling utama dalam Piala FA adalah mara ke pusingan seterusnya tetapi untuk United, saya masih berfikir bahawa pengurus mereka akan kecewa dengan persembahan pemainnya.

"Sudah tentu Fulham membunuh diri sendiri tetapi aksi United juga begitu teruk sehingga sukar dipercayai."

Keane yang tampil dalam 473 perlawanan bersama United melihat anak buah Ten Hag gemar melakukan 'tabiat yang buruk' dan memberi amaran mereka boleh tewas di tangan Brighton pada separuh akhir Piala FA jika terus beraksi seperti itu.

"Saya tidak begitu yakin dengan persembahan mereka. Mereka ketika ini ada beberapa tabiat buruk. Mereka seperti berfikir 'kami adalah Manchester United, kami akan menang perlawanan bola sepak.'

"Kalau mereka terus dengan sikap seperti itu untuk aksi separuh akhir, Brighton akan menewaskan mereka," katanya. -AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan ... kan-kalahkan-united
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.177300 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list