View: 4168|Reply: 0
|
Ronaldo kembali temui sentuhan 'knuckleball'
[Copy link]
|
|
Penyerang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo meraikan jaringan ketika aksi Liga Saudi menentang Abha di Stadium Mrsool Park, Riyadh. - Foto AFP
RIYADH: Cristiano Ronaldo menjaringkan gol menerusi sepakan percuma buat pertama kali dalam tempoh tiga tahun ketika membantu Al-Nassr bangkit menewaskan Abha 2-1.
Teknik sepakan 'knuckleball' Ronaldo mula menjadi sebutan ketika dia pertama kali menyertai Manchester United.
Sepakan percumanya di Old Trafford ketika menentang Portsmouth antara yang paling diingati, namun kemampuannya menjaringkan gol dari situasi bola mati itu semakin malap dalam beberapa musim lalu.
Kali terakhir dia menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ialah ketika menyarung jersi Juventus pada Julai 2020 - dalam kemenangan 4-1 ke atas Torino.
Ia adalah jaringan sepakan percuma tunggalnya sepanjang berkelana di Itali dan terakhir sebelum menemui kembali sentuhannya di Al-Nassr.
Al-Nassr ketinggalan 1-0 di belakang Abha sebelum memenangi sepakan percuma dari jarak 30 ela (27.4 meter) pada minit ke-78.
Ronaldo tampil mengambil sepakan berkenaan dengan gaya tersendirinya dan pemenang lima kali Ballon d'Or itu berjaya menyempurnakannya.
Abha kemudian terpaksa bermain 10 orang dan Anderson Talisca memastikan kemenangan Al-Nassr pada minit ke-86.
Kemenangan itu meletakkan Al-Nassr hanya satu mata di belakang pendahulu Liga Saudi, Al-Ittihad yang dikendali bekas bos Tottenham, Nuno Espirito Santo. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... entuhan-knuckleball |
|
|
|
|
|
|
| |
|