CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4022|Reply: 0

Simms bantu Everton ikat Chelsea

[Copy link]
Post time 19-3-2023 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Simms bantu Everton ikat Chelsea


PENJAGA gol Chelsea Kepa Arrizabalaga gagal menyelamatkan percubaan Simms. FOTO AP


London: Ellis Simms meledak gol penyamaan pada minit terakhir ketika Everton yang bergelut meneruskan perjuangan mereka untuk bertahan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) melakar keputusan seri 2-2 dalam perlawanan penuh dramatik menentang Chelsea awal pagi tadi.

Skuad kendalian Sean Dyche hanya berada beberapa saat di ambang kekalahan sehingga Simms menjaringkan gol pertamanya buat kelab itu untuk mengejutkan Stamford Bridge.

Everton bangkit selepas dua kali ketinggalan di barat London itu.

Joao Felix meletakkan Chelsea di depan pada awal separuh masa kedua, gol keduanya sejak menyertai secara pinjaman daripada Atletico Madrid Januari lalu.

Gol penyamaan Abdoulaye Doucoure diikuti oleh gol ketiga Kai Havertz dalam tiga penampilan terakhirnya apabila pemain Jerman itu menyempurnakan sepakan penalti pada minit akhir.

Simms dipinjamkan ke kelab Kejuaraan Sunderland awal musim ini, tetapi pemain berusia 22 tahun itu membuktikan dia boleh menjadi penyelamat Everton untuk keluar dari zon penyingkiran di waktu genting ketika ini.

Everton kini dua mata di atas zon penyingkiran dan melebarkan rekod tanpa kalah mereka kepada tiga perlawanan.

"Kami menyenaraikan Ellis ketika menentang Liverpool dan dia sedikit bergelut tetapi dia semakin matang. Dia mempunyai rentak dan kuasa dan ia adalah penyudah yang bagus," kata Dyche.

"Sudah banyak dilakukan kerana kami kekurangan penyerang tetapi saya sudah katakan lama dahulu bahawa ia adalah usaha berpasukan. Pasti ada bakat. Kami ada asas yang boleh dibangunkan."

Ia malam yang mengecewakan buat Chelsea ketika skuad kendalian Graham Potter melepaskan peluang untuk meraih kemenangan keempat berturut-turut dalam semua kejohanan.

"Kami rasa sudah bermain baik untuk mendapatkan tiga mata tetapi jika anda tidak bertahan dengan bagus, anda tidak akan dapat keputusannya," kata Potter.



Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... verton-ikat-chelsea

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.169106 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list