CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2399|Reply: 0

[Perak] Kadar zakat fitrah Perak RM7 hingga RM21

[Copy link]
Post time 16-3-2023 03:04 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Ipoh: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak pada 6 hingga 8 Disember lalu menetapkan harga bagi zakat fitrah untuk tahun 1444H/2023M dengan tiga pilihan harga iaitu RM7, RM14 dan RM21.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk Shahrul Azam Shaari berkata, harga minimum perlu dibayar oleh setiap individu berkewajipan mengeluarkan zakat fitrah adalah RM7 dan digalakkan bagi yang menggunakan beras wangi atau seumpama atau setara sebanyak RM14, dan bagi yang menggunakan beras basmathi atau seumpama atau setara, sebanyak RM21.

"Kita menyediakan kutipan bayaran melalui amil yang dilantik melalui kaunter di masjid dan surau termasuk lokasi tumpuan orang ramai seperti kompleks beli-belah, pasar terbuka, stesen minyak dan premis perniagaan serta pejabat kerajaan atau swasta terpilih.

"Selain itu, MAIPk turut melaksanakan sistem amil fitrah lantikan kariah masjid yang bergerak dari rumah ke rumah bagi memudahkan ahli kariah melaksanakan ibadat zakat terutama warga tua," katanya pada kenyataan di sini, hari ini.

Bagi kemudahan bayaran dalam talian, beliau berkata, MAIPk menyediakan beberapa platform seperti 'Financial Process eXchange' (FPX) melalui portal MAIPk, aplikasi GoPayZ, Shopee, Maybank2u dan aplikasi Snap N Pay.

Penyata bayaran zakat fitrah bagi medium bayaran FPX MAIPk dihttps://ezakat.maiamp.gov.my/ boleh dimuat turun terus daripada sistem FPX MAIPk manakala bagi medium bayaran selain FPX MAIPk, penyata bayaran zakat fitrah boleh diperoleh selepas tiga hari transaksi dibuat.

Pembayar perlu mendaftar terlebih dahulu dan login ke dalam sistem portal penyata zakat MAIPk di laman sesawang https://online.maiamp.gov.my/zakatperak.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rak-rm7-hingga-rm21
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 1.130593 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list