View: 1491|Reply: 0
|
Insiden kad merah, Nafuzi mohon maaf
[Copy link]
|
|
Pegendali Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain memohon maaf kepada penyokong di atas layangan kad merah kepadanya pada aksi bertemu PDRM FC Sabtu lalu. - Foto KDA FC
ALOR SETAR: Pengendali Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain, memohon maaf kepada pihak pengurusan, pemain dan penyokong Sang Kenari di atas insiden kad merah yang diterimanya ketika kekalahan 1-0 di tangan PDRM FC di Stadium Darul Aman sabtu lalu.
Menurut Nafuzi, faktor emosi yang tinggi sewaktu perlawanan itu berlangsung tanpa disedarinya telah 'mendorong' dirinya bertindak di luar kebiasaan terhadap pengadil keempat.
"Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak dan penyokong di atas insiden kad merah yang dilayangkan kepada saya ini sehingga kita gagal mencapai kemenangan pada perlawanan menentang PDRM FC yang lalu.
"Ini kerana saya terlalu mengikut emosi dan sepatutnya perkara itu tidak berlaku, dan itu adalah pengalaman pahit serta pengajaran untuk diri saya sebagai jurulatih," katanya sebaik tamat menjalani latihan petang di Stadium Sultan Abdul Halim semalam.
Nafuzi juga mengakui sepanjang bergelar jurulatih, beliau belum pernah 'melebihi batas' seperti insiden yang berlaku pada minit ke-70 permainan itu.
"Perkara sebegini kali pertama terjadi kepada saya sepanjang mengendali pasukan dan ia berlaku secara pantas dan spontan, mungkin juga kerana saya terlalu mengikut emosi.
"Kebiasaannya, saya kekal tenang sahaja setiap kali perlawanan berlangsung, tetapi pada malam itu saya agak beremosi.
"Saya sedar sebagai manusia biasa itu adalah kekhilafan saya dan saya berjanji perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi," katanya.
Skuad Sang Kenari yang gagal meneruskan momentum kemenangan pada perlawanan ketiga itu turut terkesan apabila kapten pasukan, Manuel Ott terlebih dahulu dilayangkan kad merah pada minit ke-59 perlawanan.
https://www.bharian.com.my/sukan ... h-nafuzi-mohon-maaf |
|
|
|
|
|
|
| |
|