CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 345|Reply: 0

Messi hadiah rakan sepasukan 35 iPhone emas

[Copy link]
Post time 2-3-2023 11:01 AM | Show all posts |Read mode

IPHONE emas terukir nama pemain dan nombor jersi yang dihadiahkan Messi kepada pemain Argentina.

Paris: Lionel Messi membeli 35 iPhone emas dengan jumlah keseluruhan £175,000 (RM941,000) untuk dijadikan hadiah buat rakan sepasukan dan staf yang menjuarai Piala Dunia tahun lalu.

Bintang Argentina itu menghadiahkan telefon bimbit istimewa terbabit kepada setiap pemain dan dihantar ke apartmennya di Paris pada Sabtu lalu.

Setiap telefon tertera nama pemain, nombor dan logo Argentina diukir di atasnya.

Menurut sumber semalam: "Lionel mahu melakukan sesuatu yang istimewa dan amat bermakna bagi meraikan detik bersejarah dalam hidupnya.

"Dia menghubungi syarikat Ben Lyons dan mereka membuat keputusan bersama dalam pemilihan reka bentuk dan corak."

Ben, CEO iDesign Gold berkata: "Lionel bukan sahaja menjadi pujaan peminat seluruh dunia tetapi dia antara pelanggan paling setia IDesign Gold dan kerap berhubung dengan kami beberapa bulan selepas final Piala Dunia."

"Dia mahukan hadiah istimewa untuk semua pemain dan staf bagi meraikan detik bersejarah tetapi tidak mahu sesuatu yang biasa seperti jam.

"Jadi, saya cadangkan iPhones emas 24 karat yang terukir nama pemain dan dia tertarik dengan idea itu."

Argentina menjuarai Piala Dunia di Qatar tahun lalu dan Messi, 35, dinobatkan Pemain Terbaik Kejohanan.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ukan-35-iphone-emas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.091684 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list