View: 343|Reply: 0
|
Chelsea kekal dalam 'gua'
[Copy link]
|
|
Harry Kane (kiri) meraikan jaringannya ketika menentang Chelsea pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Tottenham. - AP
LONDON: Tottenham menyalakan pemburuan empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi kemenangan 2-0 ke atas Chelsea sebentar tadi, sekali gus terus menambah tekanan kepada Graham Potter.
Percubaan Oliver Skipp daripada jarak 20 ela selepas rehat meletakkan Spurs di hadapan dan jaringan kedua Harry Kane memuktamadkan kemenangan buat mereka.
The Blues hanya memang dua daripada 15 perlawanan terakhir di liga utama dan ketinggalan 14 mata daripada posisi ke Liga Juara-Juara.
Tottenham pula berada di kedudukan keempat, empat mata mengatasi Newcastle yang memiliki dua perlawanan dalam tangan.
Tuan rumah terlebih dahulu berpeluang membuka jaringan selepas percubaan Pierre-Emile Hojbjerg yang terbias menewaskan Kepa Arrizabalaga namun sekadar mengenai palang.
Kontroversi tercetus pada babak pertama apabila pengadil, Stuart Attwell melayangkan kad merah kepada Hakim Ziyech namun dia menarik kembali kad merah itu dan melayangkan kad kuning selepas dinasihatkan video bantuan pengadil (VAR) untuk menilai semula keputusan itu. -AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... sea-kekal-dalam-gua |
|
|
|
|
|
|
| |
|