CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 507|Reply: 0

Sharul, Idil hangatkan CP 150

[Copy link]
Post time 25-2-2023 09:27 AM | Show all posts |Read mode

SESI pelancaran jentera pasukan Jetron Yamaha YY. FOTO Malaysian Cub Prix

Kuala Lumpur: Pasukan Yamaha YY Pang menaikkan dua pelumba mudanya, Sharul Ezwan serta Idil Fitri Mahadi ke kategori utama, CP 150 bagi Kejuaraan Cub Prix 2023 untuk bergandingan dengan pelumba utama, Tengku Amirul Haffiruddin.

Penyelaras pasukan, Gary Pang berkata, keputusan itu dibuat selepas bekas pelumba utamanya, Adib Rosley berhirah ke pasukan lain menjelang sesi perlumbaan pertama kejuaraan itu yang akan membuka tirai secara rasmi di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), minggu ini.

"Kami memgambil pendekatan untuk menggunakan dua pelumba muda dalam kategori utama, CP 150 iaitu Shahrul dan Idil. Saya menaruh keyakinan tinggi mereka akan membentuk gandingan terbaik bersama Amirul bagi memastikan kami mendapat kedudukan podium musim ini," jelasnya ketika Majlis Pelancaran Jentera Pasukan Jetron Yamaha YY Pang di SIC semalam.

Bagi ayam tambatan pasukan, Tengku Amirul Haffiruddin, musim ini bakal menjadi musim mencabar dalam kariernya apabila bukan sahaja ditugaskan untuk memburu kejuaraan, namun turut berperanan sebagai mentor dalam membimbing dua rakan sepasukan yang akan beraksi di kategori utama buat julung kalinya.

"Tahun ini saya akui tugas agak sukar, dan saya juga merasai kehilangan Adib, tetapi tumpuan saya adalah masih untuk mendapatkan podium buat pasukan.

"Lima perlumbaan pertama musim ini akan menentukan segala-galanya, dan saya berharap saingan di Sepang hujung minggu ini akan membawa tuah buat saya dan pasukan," jelas Amirul.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... il-hangatkan-cp-150
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.323948 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list