View: 408|Reply: 0
|
Kuching City mampu beri kejutan pada Liga Super
[Copy link]
|
|
SKUAD Kuching City dilihat berjaya menguruskan kelab dengan baik apabila kebajikan pemain sentiasa terjaga tanpa masalah tunggakan gaji.
Kuching City mampu beri kejutan pada Liga Super
PERJALANAN perlu diharungi oleh kelab Kuching City sebelum dapat menjejakkan kaki ke kancah Liga Super buat kali pertama tahun ini boleh dianggap seperti ‘kisah dongeng’ selain cukup berliku.
The Cats yang memulakan saingan di peringkat tempatan di Sarawak dengan menyertai pertandingan Liga Bola Sepak Rakyat pada tahun 2015 dan selepas lapan tahun, kelab ini berjaya beraksi di divisyen No. 1 negara.
IRFAN BAKTI
Skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim memang menjadi salah satu pasukan yang menunjukkan contoh terbaik bagaimana bermula dari bawah selain pengurusan cukup profesional.
Berbanding pasukan ‘abang’ iaitu Sarawak United, pengurusan Kuching City dilihat berjaya menguruskan kelab dengan baik apabila kebajikan pemain sentiasa terjaga tanpa masalah gaji.
Juara Liga M3 musim 2019 itu juga dilihat berbelanja secara berhemah tetapi kekal membuat persiapan pramusim yang kompetitif setanding kelab pesaing lain.
Kuching City telah mengadakan siri jelajah pramusim di luar negara dengan menjadikan Kemboja sebagai destinasi mereka.
Peminat bola sepak Sarawak pasti mengalihkan tumpuan dengan menyokong Kuching City selepas Sarawak United bermain pada Liga M3.
Berbekalkan beberapa pemain import seperti Sirozhiddin Kuziev, Julian Schwarzer dan Abu Kamara, pasukan Kuching dilihat mampu memberikan kejutan jika kekal konsisten khususnya pada aksi di laman sendiri.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/02 ... an-pada-liga-super/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|