View: 371|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Empat lelaki Myanmar ditahan, disyaki bunuh tauke buah naga
[Copy link]
|
|

ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat. FOTO ihsan pembaca
Port Dickson: Polis menahan empat lelaki Myanmar di Shah Alam, Selangor, pagi tadi, bagi membantu siasatan pembunuhan pemilik kebun buah naga yang ditemukan mati terikat di Tanah Merah, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, suspek ditahan jam 11.40 pagi tadi.
"Tangkapan susulan penemuan mayat mangsa yang ditemukan dalam keadaan terendam dalam lopak air, tidak berbaju dan hanya memakai seluar berwarna hitam manakala kedua-dua tangan dan kaki berikat dengan tali jam 2.52 petang semalam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pada jam 6 petang tadi, polis menemui semula motosikal milik mangsa yang disorokkan di sebuah kebun kelapa sawit di Tanah Merah, di sini.
"Suspek berusia antara 19 hingga 49 tahun. Siasatan awal, mereka mengaku terbabit dalam kes yang disiasat.
"Dengan penangkapan ini, polis percaya menyelesaikan kes dalam tempoh kurang 24 jam," katanya.
Beliau berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson esok untuk tahanan reman.
"Polis percaya motif kejadian disyaki berunsurkan dendam," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nuh-tauke-buah-naga |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|