CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 374|Reply: 0

[Johor] Sudah 3 hari penduduk sekitar pasir Gudang 'dihantui' pencemaran bau

[Copy link]
Post time 15-2-2023 03:46 PM | Show all posts |Read mode

Hantaran di Internet mengenai pencemaran bau di Pasir Gudang.

Johor Bahru: Penduduk di beberapa kawasan perumahan di sekitar Pasir Gudang dekat sini, masih keliru dengan masalah pencemaran bau yang berlarutan sejak Isnin lalu sehingga kini.

Pengerusi Penduduk Taman Tanjung Puteri Resort Fasa 2, Mohd Shah Md Ali Hanafiah, 39, berkata, sehingga kini, penduduk masih keliru punca pencemaran bau yang berulang itu.

Menurutnya, pencemaran bau itu bukan saja berlaku selepas hujan namun ia juga berlaku ketika cuaca panas.

Katanya, malah ada penduduk yang mengadu ia mengakibatkan mata pedih selain tekak berasa kering.

"Masalah pencemaran bau yang agak kuat di Jalan Seluang, Pasir Gudang. Ada maklumat tular bahawa ia adalah bau diesel yang berkemungkinan dibuang ke longkang namun sehingga kini, punca sebenar masih tidak diketahui

"Ada dalam kalangan penduduk mengadu bau itu meloyakan selain berasa pening kepala. Sudah tiga hari masalah ini berlarutan dan kami berharap peristiwa Sungai Kim Kim tidak berulang.

"Kali terakhir masalah pencemaran bau berlaku ialah pada pertengahan tahun lalu dan kali ini, kami juga sudah membuat aduan kepada pihak berkaitan," katanya dihubungi.

Sementara itu, seorang penduduk di Johor Jaya yang hanya mahu dikenali sebagai Vasu, 40, berkata, kawasan perumahan berkenaan juga berdepan masalah pencemaran bau sejak petang semalam, sehingga ke pagi tadi.

Menurutnya, pencemaran bau itu berlarutan hampir dua jam dan berlaku terutama selepas hujan berhenti.

"Kami juga terhidu bau yang pelik.

"Malah, ketika pencemaran Sungai Kim Kim pada 2019, penduduk di kawasan perumahan ini juga mengalami masalah sama yang mana bau terbabit dibawa arus angin," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor Dr Mohd Famey Yusoff ketika dihubungi menyatakan, kes aduan pencemaran bau di sekitar Pasir Gudang itu masih dalam siasatan pihaknya.

Menurutnya, pihaknya juga akan menyemak sekiranya terdapat aduan pencemaran bau diterima di kawasan Johor Jaya.

"Aduan masih dalam siasatan," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ntui-pencemaran-bau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.555246 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list