CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 364|Reply: 0

[Johor] MAQIS rampas 16 tan makanan haiwan dari Singapura

[Copy link]
Post time 15-2-2023 03:16 PM | Show all posts |Read mode

MAQIS rampas 16 tan makanan haiwan dari Singapura di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah di sini, semalam. - Foto ihsan MAQIS

JOHOR BAHRU: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor merampas 16 tan makanan haiwan dari Singapura bernilai kira-kira RM326,391 kerana gagal mengemukakan permit import yang sah, petang semalam.

Pengarah MAQIS Johor, Edie Putra Md Yusof, berkata pihaknya menahan sebuah lori yang membawa produk tersebut di Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah, pada jam 3.30 petang.

"Hasil pemeriksaan pegawai penguat kuasa MAQIS mendapati makanan haiwan tersebut dibawa masuk tanpa mengemukakan permit import MAQIS yang sah dan telah ditahan untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Edie Putra berkata pemandu lori berkenaan, yang merupakan lelaki warga tempatan berusia 46 tahun itu bagaimanapun dilepaskan selepas diambil keterangan.


Katanya perbuatan mengimport sebarang keluaran pertanian tanpa permit import MAQIS adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11 (3) akta yang sama.

Menurut beliau, MAQIS sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk negara bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian, di samping mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan dalam usaha memastikan biosekuriti makanan negara sentiasa terkawal. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berit ... iwan-dari-singapura

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.055030 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list