CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 430|Reply: 1

Luqman perlu guna but khas

[Copy link]
Post time 11-2-2023 11:12 AM | Show all posts |Read mode

LUQMAN dipinjamkan ke UMF Njardvik. FOTO Agensi

Kuala Lumpur: Beraksi di sebuah negara yang beriklim sejuk ekstrem dan berais sepanjang waktu bukanlah mudah, malah permukaan padang yang menghijau juga boleh bertukar putih sekelip mata kerana salji boleh turun secara tiba-tiba seperti hujan.

Oleh sebab itu, penggunaan kasut bola yang lebih sesuai perlu digunakan penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin di Liga Iceland dengan menggunakan but khas yang dipanggil 'mix studs'.

Luqman, 20, yang dipinjamkan ke kelab UMF Njardvik selama semusim dari KV Kortrijk (KVK) mengakui dia perlu menggunakan but lain yang mempunyai studs besi di kasutnya.

Katanya, penggunaan but itu sememangnya perlu bagi memastikan cengkaman ke atas permukaan padang lebih baik sekali gus elak daripada terjatuh.

"Sekarang di sini (Iceland) masih dalam musim sejuk di mana suhu boleh turun ke negatif dua darjah celsius (-2°) hingga negatif lima darjah celsius (-5°).

"Tapi saya tak ada masalah dengan cuaca sebab bagi saya, cuaca kat sini tak banyak beza dengan KVK di Belgium. Cuma kat sini banyak salji dan kurang cahaya matahari, tapi kat Belgium cahaya matahari cerah.

"Kat sini kasut bola pun kena pakai yang 'mix studs' yang ada besi. Macam sekarang masih musim sejuk, jadi latihan di atas padang tiruan dan kena pakai kasut jenis studs besi.

"Liga akan mula masa musim panas dalam bulan Mei nanti. Masa itu mungkin akan guna but yang biasa sebab akan main atas rumput biasa sebab salji dah kurang.

"Ada orang pertikai juga kasut yang saya pakai. Dalam video atau gambar orang nampak saya guna kasut yang sama, tapi sebenarnya kasut inilah yang sesuai. Itu macam kasut 'luck' saya," katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Luqman yang pernah tergolong antara 60 pemain muda paling berbakat di dunia oleh The Guardian mula menyertai KVK pada Oktober 2020 dengan ikatan kontrak lima tahun dengan kelab divisyen satu Belgium itu.

Begitupun selepas dua musim, pemenang kasut emas Kejuaraan AFC B-16 pada 2018 lalu itu dilihat lebih banyak memanaskan bangku simpanan dan hanya diturunkan dalam skuad pembangunan KVK saja.

Ujarnya lagi, buat masa ini dia tinggal di hotel pasukan sebelum berpindah ke apartmen yang akan disediakan pengurusan kelab.

"Sekarang malam kat sini lebih panjang. Matahari keluar kat sini dalam 9.30 pagi macam itu, terbenam balik dalam 5.30 petang. Mungkin musim panas nanti baru siang lebih panjang sikit.

"Buat masa ini saya tinggal di hotel dulu. Lepas apartmen saya dah ada, baru saya akan pindah dan duduk di apartmen nanti," katanya.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... man-perlu-guna-khas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2023 03:21 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 198408 Replies : 4637
Kucing Pitbull
intan_smsbKucing Pitbull
Views : 2340 Replies : 2
Fakta Unik Kucing Tuxedo
intan_smsbFakta Unik Kucing Tuxedo
Views : 5497 Replies : 1
Orang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Alam Rugi Lebih RM4 Juta Akibat Skim Pelaburan Palsu Di Facebook
YgBenarOrang tamak selalu rugi:Nenek Di Shah Al
Views : 9031 Replies : 20
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7560 Replies : 40
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73582 Replies : 318
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 6089 Replies : 1
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 8260 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74422 Replies : 2988
UK dilanda cuaca panas melampau 26 darjah celcius
YgBenarUK dilanda cuaca panas melampau 26 darja
Views : 7882 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.054060 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list