CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 479|Reply: 0

Real Madrid 'bermain dengan api'

[Copy link]
Post time 9-2-2023 09:03 AM | Show all posts |Read mode

RODRYGO meraikan jaringan ketiga Real di Rabat.

Rabat: Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti tidak gembira dengan sikap pemainnya ketika menang 4-1 ke atas wakil Mesir, Al Ahly dalam aksi separuh akhir Piala Dunia Kelab awal pagi tadi.

Menurut Ancelotti, pemainnya 'beraksi dengan api' dalam perlawanan yang sepatutnya mereka menamatkan cabaran lawan lebih awal.

Selepas Vinicius Jr dan Federico Valverde menjaringkan gol pada kedua-dua babak, Real membazirkan banyak peluang untuk melebarkan kedudukan. Sebaliknya Al Ahly merapatkan jurang meneusi penalti Ali Maaloul.

"Ketika kami mendahului 2-0 (pada awal babak kedua), kami fikir cabaran sudah tamat dan kami mula leka dan seperti tidak serius untuk menambah jaringan," kata Ancelotti.

"Kami fikir perlawanan dimenangi dengan 2-0, kami mula rileks dan ia tidak sepatutnya seperti itu."

Afsha terlepas peluang terbaik menyamakan kedudukan buat Al Ahly yang melegakan gergasi Sepanyol itu.

Walaupun Luka Modric terlepas penalti tiga minit sebelum tamat, Rodrygo dan pemain gantian Arribas melengkapan kemenangan selesa pada masa kecederaan.

"Kami tidak menang dengan mudah tetapi sepatutnya mendapat lebih banyak gol," kata Ancelotti.

"Anda perlu beraksi dengan baik dan konsentrasi sehingga tamat perlawanan. Kami berdepan beberapa minit mencabar sehinggalan penalti Modric..."

Real akan menentang wakil Arab Saudi, Al Hilal pada final di Rabat awal pagi Ahad selepas mereka mengejutkan juara Amerika Selatan Flamengo 3-2 pada satu lagi aksi separuh akhir.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -bermain-dengan-api
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.033821 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list