CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 35573|Reply: 76

The Tribute to Proton Waja

[Copy link]
Post time 22-11-2010 04:57 PM | Show all posts |Read mode
Sempena pelancaran Inspira secara rasmi sebagai model pengganti Waja, marilah kita kongsi maklumat mengenai sejarah, mengimbau kenangan,suka duka dan pencapaian proton waja sebagai kereta sedan pertama yang dibangunkan sepenuhnya oleh proton. Maklumat2 lain akan ditambah secara berkala.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 09/05/2000
PM lancar Proton Waja



DR. MAHATHIR Mohamad mengangkat tangan tanda gembira dengan pelancaran Proton Waja, kereta pertama yang direka bentuk sendiri oleh Malaysia di Shah Alam, malam tadi.


SHAH ALAM 8 Mei - Proton Waja, dilancarkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad malam ini adalah inspirasi kepada kecemerlangan Perusahaan Otomobil Nasional Bhd., (Proton) untuk mengeluarkan kereta pertama yang direka bentuk sepenuhnya oleh rakyat tempatan.

Pengeluaran kereta itu melibatkan pelaburan sebanyak RM1 bilion merangkumi kos intelektual (bagi reka bentuk) dan kos kejuruteraan fizikal.

''Proton Waja dilahirkan hasil kerja selama 36 bulan, 1.7 juta jam dan 300 jurutera,'' kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Datuk Mahaleel Tengku Ariff.

Kereta itu dilancarkan dalam majlis gilang gemilang di Stadium Malawati di sini.
Proton Waja didatangkan dengan dua model iaitu Proton Waja GX 1.6 liter yang menggunakan enjin Mitsubishi dan GX 1.8 liter dengan enjin Renault. Kedua-dua model itu dilengkapi dengan transmisi automatik dan manual.

Selain itu Proton akan melancarkan pula model GX 1.9 liter diesel yang menggunakan enjin Renault pada masa akan datang.
Proton Waja adalah merupakan kereta golongan pertengahan dan rakan saingnya ialah Honda Accord, Audi A4, Opel Vectra dan Peugeot 406.

Turut dilancarkan pada malam ini ialah logo korporat terbaru Proton yang akan menampilkan jenama Proton di semua pasaran domestik dan antarabangsa. Ia berupa kepala harimau emas.

Tengku Mahaleel pada satu majlis taklimat model itu di kilang Proton baru-baru ini berkata, Proton Waja menggunakan 95 peratus komponen tempatan dan menjimatkan RM400 juta hasil daripada aliran mata wang keluar untuk mengimport komponennya.

Malah selain itu Proton Waja mampu menjana pendapatan sebanyak RM450 juta untuk eksport model itu keluar negara, kata beliau.

Bukan itu sahaja, Proton Waja telah menyelamatkan penggunaan RM500 juta bagi bayaran royalti untuk jangka hayat kereta jika menggunakan platform model jenama lain untuk Proton Waja, katanya.
''Apa yang lebih penting, Proton Waja telah membolehkan Proton memiliki harta intelektual bagi platformnya sendiri (iaitu struktur badan dan casis).

''Ini membolehkan Proton melahirkan tiga atau empat model baru tanpa melibatkan kos pelaburan yang besar.
Ini bermakna, Proton Waja adalah model yang dibangunkan melalui casisnya sendiri, kata Tengku Mahaleel lagi.
Proton Waja akan dikeluarkan sebanyak 40,000 unit hingga 60,000 unit setahun dan boleh ditempah pada bulan Ogos sebelum memasuki pasaran pada bulan September.

Proton Waja disifatkan sebagai kereta 'Dalam Kawalan' yang dipenuhi dengan ciri-ciri keselamatan terkini bagi pemanduan.
Ia bukan sahaja dilengkapi dengan beg udara bagi pemandu dan penumpang, tetapi disertakan dengan beg udara sisi untuk bahagian kiri dan kanan.

Struktur badannya adalah lebih dua kali lebih kuat berbanding model lain dan memenuhi Piawaian Ujian Perlanggaran Eropah 2003. Ciri-ciri tersebut adalah antara yang terkuat dalam kelasnya di dunia bagi memberi perlindungan maksimum kepada pengguna.Enjin yang digunakan telah mematuhi piawaian 'European Step 111' yang mana piawaian itu akan dilaksanakan pada tahun 2001.Seperti biasa, rakan kejuruteraan Proton iaitu Lotus turut menurunkan teknologinya untuk sistem Pemanduan dan Kawalan Proton Waja.

Tayar bersaiz 15 inci dan penyerap hentak MacPherson untuk bahagian depan dan Multilink untuk belakang akan mengurangkan lagi kebisingan dan gegaran. Kelajuan maksimum bagi model Proton Waja 1.6 manual ialah 186 kilometer/sejam (Km/h) dan kepantasan untuk 0 hingga 100 kmh ialah 12 saat.

Kelajuan maksimum Proton Waja 1.6 liter automatik ialah 181 kmh dan 0 hingga 100 kmh ialah 14.7 saat.
Isi padu petrol maksimum bagi kedua-dua model itu ialah 60 liter.

Proton Waja dilahirkan daripada cabaran Dr. Mahathir supaya Proton mereka bentuk keretanya sendiri pada bulan April 1996.
Menyahut cabaran itu, rancangan kelahiran Proton Waja GX telah dimulakan pada bulan Jun 1996 dengan penubuhan pasukan program dan konsep.

Bermula daripada itu, 20 vendor tempatan berganding bahu bersama jurutera Proton untuk mereka bentuk komponen model itu.
Kesemua vendor dihubungkan secara digital. Kemudian komponen yang siap itu akan dihantar ke kilang Proton yang paling maju di Asia Tenggara untuk dipasang.



Kebanyakan Proton Waja dilahirkan menerusi konsep sumber digital (digital resources) dan pemasangan digital.
Bahagian reka bentuk dan bahagian kejuruteraan dihubungkan dengan komputer, dan setiap komponen disambungkan atau dipadankan menerusi komputer supaya dapat mengelakkan berlakunya kesilapan.

Secara keseluruhannya, Proton Waja merupakan kereta digital oleh Proton.
''Pada masa akan datang, Proton merupakan kereta digital di dalam proses pengeluarannya,'' kata Tengku Mahaleel.
Model terbaru kereta Proton itu akan dipamerkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai esok untuk orang ramai melihat lebih dekat kereta itu.

Bagaimanapun harga bagi model tersebut masih belum ditetapkan tetapi ia akan ditawarkan pada yang harga berpatutan.


credit to Utusan Malaysia
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika diimbas, banyak betul perkara-perkara menarik yang dihighlight semasa pelancaran Proton Waja ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2010 08:26 PM | Show all posts
power window problem
door handle selalu patah
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 08:32 PM | Show all posts
power window problem
door handle selalu patah
AHMADVW Post at 22-11-2010 20:26



    nasik tambah!....

    fuel pump selalu problem!...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2010 08:59 PM | Show all posts
power window problem
door handle selalu patah
AHMADVW Post at 22-11-2010 20:26



yup...power windows, door handle patah dan fuel pump rosak merupakan masalah popular pd. proton waja. BTW, dulu proton ingin menjadikan Waja sebagai "global car" mereka. Tapi terlalu banyak masalah komponen yang menghantui pemilik2 proton Waja. Dan ada beberapa strategi yg tersilap percaturan seperti pengenalan Waja 1.8 dgn. enjin Renault. Walaupun teknologi yg. ditawarkan pd. waktu itu agak canggih, tapi ia byk. menimbulkan masalah pd. pembelinya.

FAST FACTS ABOUT THE WAJA:

+ Proton's own platform - no royalties to Mitsubishi---But need to buy/pay royalties for the Mits engine.
+ Three engine choices, two of them made by Renault----Only two engine choices-- Renault diesel engine canceled
+ Strongest bodyshell ever offered by Proton----Got 3 stars for EuroNCAP assessment New car
+ Meets 2003 European crash test standards
+ 105 mm longer than the Wira, 10 mm wider than the Perdana
+ Front and side airbags, plus ABS, TC----for export model only.. .Msian only got Dual Airbags and ABS for premium model

+ Dual-pulley power window system - world's first ----but failed
+ First use of plastic fuel tank module in a Proton
+ Prices expected to start lower than RM70,000

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 10:03 AM | Show all posts
Hurmmm...

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 10:33 AM | Show all posts
Reply 5# tossee
malaysia darul boleh, kalu cm ni xpayah lah beli e60
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2010 10:46 AM | Show all posts
Reply 5# tossee


    mcm2 waja nie boleh jadi....evo boleh, bmw pun boleh


   
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 11:22 AM | Show all posts
1 malaysia ma...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2010 11:29 AM | Show all posts
bmw ade..


inspira @ lancer pun ade...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 11:32 AM | Show all posts
klac mudah haus.......fuel pump mudah rosak....lebih2 model auto...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 11:33 AM | Show all posts
pelaburan sebanyak RM1 bilion tak balik modal
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 11:41 AM | Show all posts
apa lah korang ni...org yg dah mati, tak baik apa cerita keburukannya, ceritalah pasal2 benda yg baik ajesui
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 11:49 AM | Show all posts
pelaburan sebanyak RM1 bilion tak balik modal
mycos79 Post at 23-11-2010 11:33


mane bleh xbalik modal...10tahun tue nk collect balik...
skunk da dpt extra da...masyukkkkk

tp,yg xmasyuk duit rakyat kite...hutang xabis lg....dan jd bahan ujikaji
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 11:51 AM | Show all posts
apa lah korang ni...org yg dah mati, tak baik apa cerita keburukannya, ceritalah pasal2 benda yg bai ...
zzcbr Post at 23-11-2010 11:41


yg ni kire yg baik2 la abe zek....


Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 12:05 PM | Show all posts
apa lah korang ni...org yg dah mati, tak baik apa cerita keburukannya, ceritalah pasal2 benda yg bai ...
zzcbr Post at 23-11-2010 11:41



    kita cerita keburukan beliau supaya orang yg masih hidup jgn ulang silap mcm pakcik waja telah lakukan.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 12:12 PM | Show all posts
pd aku la.. waja still a good car.. tp dihantui beberapa default problem.. itu je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2010 04:09 PM | Show all posts
Reply  tossee
malaysia darul boleh, kalu cm ni xpayah lah beli e60
AHMADVW Post at 23-11-2010 10:33


Itu adalah salah satu kejayaan waja nih...modelnye boleh transformasi kpd pelbagai bentuk model...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2010 04:11 PM | Show all posts
Pd mata aku..design stering proton waja ni lagi cun dari model2 selepasnya..



Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 05:54 PM | Show all posts
waja ni yg signal belah kiri wiper belah kanan...keta yg memalukan aku di dpn ex gf dulu..nak bg signal ter on wiper
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 06:28 PM | Show all posts
Reply 19# kecimpret

sbb kejadian yg memalukan tu la awek ko dulu tu skang dah jd ex-awek khen?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.100845 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list