CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 524|Reply: 1

Arsenal berjaya tambat Jorginho pada harga £12 juta

[Copy link]
Post time 2-2-2023 02:20 PM | Show all posts |Read mode


JORGINHO berhijrah ke Emirates selepas Arsenal kehilangan Thomas Partey dan Mohamed Elneny akibat kecederaan.

Arsenal berjaya tambat Jorginho pada harga £12 juta

LONDON – Arsenal berjaya mendapatkan pemain antarabangsa Itali, Jorginho dari Chelsea untuk memperkuatkan bahagian tengah mereka.

The Gunners dilaporkan bersetuju dengan bayaran £12 juta (RM84 juta) untuk mendapatkan pemain tengah berusia 31 tahun itu selepas kegagalan mendapatkan Moises Caicedo dari Brighton.

Ketibaan Jorginho ke Stadium Emirates adalah langkah terbaik buat pengurus Arsenal, Mikel Arteta susulan kece­deraan yang dialami Thomas Partey dan Mohamed Elneny.

“Jorginho ialah pemain tengah yang berpengalaman di EPL dan juga peringkat antarabangsa. Kepimpinan yang baik dalam perlawanan dapat membantu pasukan ini.

“Jorginho juga telah memenangi banyak perlawanan dalam kariernya, tetapi dia masih ‘dahagakan’ kejayaan dan ingin menyumbang sesuatu ketika menyertai pasukan ini.

“Kami gembira menandatangani Jorginho dan mengalu-alukan kedatangan dan keluarganya ke kelab ini,” kata Arteta.

Sementara itu, Jorginho tidak sabar untuk bekerjasama dengan Arteta dalam misi untuk mencapai kejayaan.

“Arteta mempunyai pengaruh besar kerana saya tahu bahawa dia beberapa kali cuba untuk mendapatkan saya sebelum ini.

“Saya sangat teruja dengan cabaran baharu ini dan saya tidak sabar untuk berada di atas padang. Ia adalah kelab yang hebat, kelab yang besar dan saya sangat teruja dan gembira berada di sini,” kata Jorginho. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/02 ... pada-harga-12-juta/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 11:17 AM | Show all posts
mantap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.047865 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list