View: 515|Reply: 0
|
Arenas buru gelaran Moto2 sebelum ke saingan MotoGP
[Copy link]
|
|
ARENAS yang menyertai Red Bull KTM Ajo pada musim baharu nanti memburu gelaran dunia sebelum mempertimbangkan peluang ke saingan MotoGP. – AFP
MADRID – Pelumba Sepanyol, Albert Arenas yang akan melengkapkan musim ketiganya dalam kelas Moto2 pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) enggan terburu-buru melangkah ke kelas perdana.
Pelumba berusia 26 tahun itu beralih menyertai pasukan Red Bull KTM Ajo menegaskan, dia ingin dinobatkan sebagai juara saingan Moto2 sebelum beraksi ke kelas lebih tinggi.
Arenas yang dinobatkan juara Moto3 pada 2020 ketika bersama Aspar Team dinaikkan pangkat ke Moto2 bersama pasukan Aspar Moto2 sejak 2021.
Meskipun akui bukan satu tugas mudah untuk memburu gelaran Moto2, namun pelumba berusia 26 tahun itu menegaskan objektif utamanya adalah untuk muncul juara.
“Sudah tentu saingan Moto2 lebih rumit dan seperti yang saya katakan sebelum ini, objektif saya sebagai pelumba sentiasa untuk menang.
“Saya tidak bercadang untuk naik ke MotoGP dan saya perlu berusaha memenangi kejuaraan. Saya mahu melangkah ke kelas perdana itu dengan merit.
“Itulah matlamat yang saya tetapkan sebelum melangkah ke kelas perdana MotoGP,” katanya yang menduduki tangga ke-12 musim lalu.
Pada musim ini, Arenas akan bergandingan dengan rakan senegaranya, Pedro Acosta. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... -ke-saingan-motogp/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|