View: 679|Reply: 0
|
Arul ada perancangan baiki pukulan sudut penalti
[Copy link]
|
|

RAZIE (tengah) tidak dapat menemui sentuhan terbaiknya. FOTO EPA
Bhubaneswar, India: Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) bercadang untuk melantik pakar pukulan sudut penalti asing selepas skuad Malaysian Tigers
masih belum mencapai sasaran dalam Piala Dunia 2023.
Bagaimanapun MHC perlu melihat kadar penyempurnaan pukulan sudut penalti skuad negara di Piala Dunia selepas peringkat kumpulan sebelum melaksanakan hasrat itu.
Untuk rekod, selepas tamat peringkat kumpulan, terdapat penurunan mendadak dalam kadar penyempurnaan pukulan sudut penalti dan ia bukan sahaja membabitkan pasukan Malaysia namun skuad yang bertanding di kejohanan ini.
Antara faktor penyumbang utama adalah pelari pertama yang pantas dalam setiap pasukan, dan padang tidak disiram pada separuh masa sekali gus menyaksikan bola bergerak lebih perlahan.
Statistik selepas peringkat kumpulan turut menunjukkan bahawa hanya 42 daripada 243 pukulan sudut penalti berjaya disempurnakan dan kebanyakannya adalah melantun.
Bagi Malaysia, mereka hanya sekali sahaja berjaya menyempurnakan pukulan sudut penalti secara flik terus menerusi Razie Rahim ketika menentang New Zealand, manakala satu lagi yang dijaringkan Norsyafiq Sumantri ketika menentang Chile adalah menerusi gerakan susulan.
Secara keseluruhan dalam tiga perlawanan di Piala Dunia, Malaysia memenangi 22 pukulan sudut penalti iaitu enam ketika menentang New Zealand, 13 menentang Chile dan tiga menentang Belanda.
"Kami pernah menjaringkan satu daripada setiap tiga pukulan sudut penalti yang dimenangi dalam perlawanan antarabangsa dan itu merupakan perbezaan yang besar.
"Tetapi di sini, pelari pertama dalam ketiga-tiga perlawanan adalah sangat pantas dan terdapat sedikit ruang untuk kami bertindak balas dengan cepat, " kata jurulatih Malaysia, Arul Selvaraj.
Selain Malaysia, India juga bergelut dengan pukulan sudut penalti yang mana 'flicker' mereka, Harmanpreet Singh hanya menjaringkan satu gol secara flik terus dalam tiga perlawanan.
Pada tahun lalu, kapten India itu menjaringkan 28 gol daripada pukulan sudut penalti, termasuk enam di Sukan Olimpik Tokyo untuk merangkul pingat gangsa.
"Jurulatih pukulan sudut penalti kami (Amin Rahim) tidak dapat ke India kerana setiap negara hanya dibenarkan menghantar 30 kontinjen (10 pegawai dan 20 pemain) dan kami terpaksa meninggalkannya.
"Saya telah mendapatkan nasihat Amin namun pelari pertama yang pantas tetap menjadi penentu dalam setiap perlawanan yang dimainkan di sini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kulan-sudut-penalti |
|
|
|
|
|
|
| |
|