View: 442|Reply: 0
|
Tiada dalam kalendar tapi Presiden FIFA datang ke final Piala AFF
[Copy link]
|
|
Presiden FIFA Gianni Infantino (tiga dari kanan) memberi penghormatan kepada kapten Thailand, Theerathon Bunmathan (tiga dari kiri) sebelum menyerahkan Piala AFF pada aksi final semalam. - AFP
KUALA LUMPUR: Kehadiran Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino pada aksi final kedua Piala AFF 2022 di Bangkok, semalam menarik perhatian banyak pihak.
Ia kerana kejohanan berkenaan tidak berada di dalam kalendar FIFA, malah Infantino turut diberi penghormatan untuk menyerahkan trofi 'Piala Dunia' Asia Tenggara itu kepada kapten Thailand, Theerathon Bunmathan.
Kemunculan Infantino pada perlawanan kemuncak Piala AFF 2022 itu turut menimbulkan persoalan adakah ada sinar untuk kejohanan itu diletakkan dalam kalendar FIFA pada masa akan datang?
Sekiranya perkara itu berlaku, ia bakal memberikan nilai tambah kepada pasukan bertanding untuk menghantar skuad lebih baik, sekali gus membentuk kejohanan yang lebih kompetitif.
Ketika ini, kelab tidak diwajibkan untuk melepaskan pemain yang dipanggil bagi mewakili negara pada kejohanan itu berikutan ia tidak berlangsung di dalam kalendar badan bola sepak dunia.
Malah, pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan Piala AFF adalah piala yang mengacau pemain dan jadual pertandingan.
Ia reaksi balas Tunku Ismail yang mempertahankan tindakan 14 pemain yang menolak panggilan skuad Harimau Malaya menjelang saingan Piala AFF pada 21 Disember lalu.
Dalam perkembangan lain, Bunmathan dilaporkan mencadang supaya Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) dapat memperkenalkan video bantuan pengadil (VAR) bagi kejohanan Piala AFF yang akan datang.
"Saya mahu bola sepak ASEAN meningkat. Saya tidak mahu pemain menyakiti antara satu sama lain, kita semua berjiran.
"Saya mahu kita semua meningkat bersama, mempunyai VAR, bermain bola sepak dan berkembang di peringkat Asia. Bukan mahu lawan cedera dan negara ASEAN berfikiran buruk terhadap satu sama lain," katanya.
Bunmathan muncul wira Thailand apabila jaringannya pada minit ke-24 memberikan kemenangan 1-0 skuad Gajah Perang ke atas Vietnam pada aksi final kedua Piala AFF 2022, sekali gus menjuarai kejohanan itu buat kali ketujuh menerusi agregat 3-2.
https://www.bharian.com.my/sukan ... -ke-final-piala-aff |
|
|
|
|
|
|
| |
|