View: 438|Reply: 0
|
Safawi tak sempat bulan madu
[Copy link]
|
|
Safawi (depan) hanya punyai rehat tiga hari selepas Piala AFF kerana perlu lapor diri bersama Ratchaburi FC.
KUALA LUMPUR: Kapten skuad bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid tidak mempunyai cuti panjang apabila akan menyertai kelab baharu, Ratchaburi FC dalam masa terdekat.
Pemain berusia 25 tahun itu menegaskan akan memberikan yang terbaik buat kelab Liga 1 Thai itu walaupun hanya memiliki dua atau tiga hari untuk bersama keluarga selepas kembali dari tugasan negara di Piala AFF 2022, semalam.
"Insya-Allah mungkin saya pergi ke kelab itu dalam masa terdekat sebab di sana perlawanan pertama 21 Januari.
"Dekat sana saya akan bagi apa yang saya ada untuk bantu kelab. Tak ada (cuti), cuma dua, tiga hari sahaja selepas itu terus ke Ratchaburi," katanya.
Safawi yang melangsungkan perkahwinan bersama Syifa Melvin pada 28 November lalu menyertai skuad Harimau Malaya beberapa hari kemudian bagi menyahut panggilan skuad negara menghadapi Piala AFF 2022.
Harimau Malaya terkandas di pusingan separuh akhir selepas tewas menerusi agregat 1-3 kepada juara bertahan, Thailand yang akan menentang Vietnam di pentas akhir.
Mengulas mengenai pencapaian Harimau Malaya di Piala AFF 2022, Safawi tetap berbangga dengan kesungguhan semua pemain yang berjaya membawa skuad negara hingga ke separuh akhir.
"Kalau nak cakap pemain lain saya tak tahu, tapi saya rasa perasaan semua sama. Kami skuad campuran pemain muda, senior dan bukan mudah nak ke separuh akhir.
"Sampai sekarang pemain sedih dengan keputusan (tewas di separuh akhir), tapi tidak mengapa, kita buat semula untuk kejohanan akan datang.
"Terima kasih kepada penyokong sanggup datang ke stadium termasuk di tempat sendiri dan tempat lawan, kami sangat hargai dan kami akan buat persiapan untuk Piala Asia 2023," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... k-sempat-bulan-madu |
|
|
|
|
|
|
| |
|