View: 399|Reply: 1
|
Pan-gon tabik prestij Piala AFF
[Copy link]
|
|
KIM Pan-gon. FOTO Aswadi Alias
Bangkok: Di sebalik status Piala AFF 2022 yang sekadar bertaraf Asia Tenggara namun saingan yang terkenal dengan julukan sebagai 'Piala Dunia ASEAN' itu bukan 'biasa biasa' di mata pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon.
Jurulatih dari Korea Selatan itu mengakui Piala AFF tetapi memiliki nilainya yang tersendiri sekali gus dia turut 'mengidam' untuk membawa skuad kebangsaan bergelar 'Raja ASEAN'.
"Secara peribadinya, Piala AFF sangat berprestij dan ketika saya di Hong Kong dan Korea Selatan, saya berminat untuk menyaksikan perlawanan ini.
"Ketika saya dilantik sebagai jurulatih skuad kebangsaan, menjadi juara Piala AFF adalah antara salah satu sasaran penting yang diletakkan.
"Kejayaan membawa pasukan ke final akan menjadi satu penghormatan besar bagi membanggakan penyokong Malaysia," katanya pada sidang media pra perlawanan di Stadium Thammasat, petang tadi.
Dalam perkembangan sama, Pan Gon turu mengingatkan anak buahnya supaya tidak terlalu selesa dengan bekalan satu gol yang dibawa ke Thailand bagi aksi malam ini.
"Aksi di tempat lawan sentiasa memberkan cabaran yang sukar tetapi kami sudah bersedia sepenuhnya secara fizikal dan mental.
"Kami berkeyakinan tinggi untuk menghadapi Thailand esok dan kami mahu memberikan keputusan yang baik kepada penyokong," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... k-prestij-piala-aff |
|
|
|
|
|
|
|
Tiyemjay rolling eyes.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|