CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1571|Reply: 0

Gaya retro 'Pak Cik Boroi'

[Copy link]
Post time 27-12-2022 10:16 PM | Show all posts |Read mode
Gaya retro 'Pak Cik Boroi'


Gaya Mubarak Sidek yang gemar memakai pakaian dan bergaya era 70-an mendapat perhatian di TikTok. FOTO Ihsan Mubarak Sidek.


Batu Pahat: Minat menggayakan fesyen era 1970-an dengan dandanan rambut ala retro bersama misai lebat menyebabkan Mubarak Sidek sering disangka 'pak cik' dari zaman itu.

Sebenarnya, anak kelahiran Parit Daun, Parit Raja di sini, baru berusia 34 tahun meskipun gaya pekebun itu saban hari memakai pakaian bersama aksesori gaya retro.

Mubarak juga selalu berkongsi videonya menggayakan fesyen itu dan disunting dengan gaya klasik di TikTok dan mendapat perhatian warganet yang menyangka dia dari era 1970-an.

Berkongsi cerita itu, bapa kepada tiga anak itu berkata, dia tidak pernah berkecil hati walaupun sering disangka berusia, sebaliknya menganggap itu hanya sekadar gurauan atau anggapan biasa.

Menurutnya, dia memakai pakaian retro setiap hari mengikut keselesaan sejak Mei tahun lalu dan mengakui sangat meminati gaya klasik itu.

"Memang ramai yang sangka saya dari era 1970-an, malah ada yang tanya harga susu pekat pada tahun itu berapa sen. Walaupun pening nak menjawab tetapi saya tak pernah terasa hati.

"Mungkin penampilan saya ditambah dengan gaya retro ini membuatkan saya nampak berusia tetapi tak kisah sebab memang minat gaya ini," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Katanya, setakat ini dia mempunyai lebih 10 baju dan seluar yang dibeli di kedai pakaian terpakai atau bundle berharga RM3 hingga RM10 sehelai.

"Biasanya saya padankan baju dan seluar ikut keselesaan dan ringkas bersama aksesori seperti kaca mata. Setiap hari pakai macam ini kecuali di rumah dan kerja, untuk ke majlis pula ada set lain.

"Gaya macam ini popular pada era 1970-an dan 1980-an. Sebenarnya saya pakai ini tiru pemakaian arwah bapa dan gaya rambut pula memang asli begini," katanya selalu menyertai majlis bersama beberapa kumpulan dan komuniti fesyen itu sekitar Johor.

Menurut Mubarak, dia mula menjadikan fesyen itu sebagai penampilan hariannya sejak melihat video tular sebuah kumpulan yang gemar menggayakan fesyen itu di media sosial.

Katanya, sejak itu dia selalu memuat naik video yang disunting dengan gaya klasik supaya dapat menggamit memori zaman dulu, namun mengakui tidak menyangka ia akan mendapat perhatian.

"Saya buat video memang menggunakan konsep gaya lama sebab mahu menggamit memori dan mood yang tak dapat dijual beli. Saya berharap video itu dapat memetik 'api' kenangan supaya ia menyala kembali.

"Ramai yang suka dan sokong video itu, malah ada juga yang cakap saya seperti imbasan arwah bapa atau datuk mereka ketika zaman muda.

"Generasi muda juga teruja melihat gaya klasik ini, malah ada mahu mencuba gaya pemakaian ini," katanya yang turut digelar 'pak cik boroi'.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... retro-pak-cik-boroi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 13798 Replies : 7
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 20413 Replies : 8
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366912 Replies : 3564
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 1785 Replies : 2
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39294 Replies : 88
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58322 Replies : 1101
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35868 Replies : 27
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44149 Replies : 594
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77209 Replies : 512
DARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancing mengganas lagi
laqoyahDARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancin
Views : 4384 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 11:10 AM GMT+8 , Processed in 1.401561 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list