CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 223|Reply: 0

[Perak] Roti canai anak dara ‘memikat’ selera

[Copy link]
Post time 27-12-2022 01:59 PM | Show all posts |Read mode

NURUL Asyikin Noorazizi menyediakan roti canai untuk pelanggan di warung keluarganya di Kampung Sungai Tiang Darat, Bagan Datuk, Perak. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN


BAGAN DATUK: Mahu membantu dan meneruskan perniagaan ibu bapa mendorong seorang gadis di Kampung Sungai Tiang Darat di sini, belajar menebar roti canai di kedai makan milik keluarganya.

Nurul Asyikin Noorazizi, 19, belajar membuat dan menebar roti canai daripada bapanya, Noor Azizi Habib, 60, dan dibantu ibunya, Suhainiza Aderus, 47, sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, selepas bersekolah dia mengambil alih tempat bapanya sebagai penebar roti canai.

“Saya kasihan melibat bapa keletihan kerana tak cukup tidur demi perniagaan yang diusahakan selain menjaga nenek yang sudah uzur.

“Saya belajar dengan bapa bersungguh-sungguh menebar roti canai sehingga sekarang semua boleh buat. Dalam sehari saya dapat menebar hingga 400 keping roti mulai pukul 6.30 hingga pukul 10 pagi.

“Saya bersyukur kerana roti canai di warung kami mendapat sambutan, pelanggan menggelarkan warung ini sebagai roti canai anak dara. Saya tiada masalah dengan gelaran itu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Suhainiza berkata, setakat ini hanya Nurul Asyikin dan kakaknya, Nurul Ain, 24, yang memiliki kemahiran menebar roti canai.

Katanya, jika Nurul Asyikin berehat, kakaknya Nurul Ain menggantikannya menebar roti canai.

“Saya bersyukur sebab anak-anak membantu kami meneruskan perniagaan ini. Ramai pelanggan yang mengusik mereka, bergurau apabila anak dara buat roti canai beraksi di kuali. Saya tak kisah usikan mereka, itu perkara biasa bagi saya,” katanya. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasion ... ara-memikat-selera/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.166197 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list