CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 360|Reply: 1

[Johor] Budak 4 tahun maut ada kesan cucuh besi panas seluruh badan

[Copy link]
Post time 27-12-2022 01:39 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat (kanan) meninjau proses bedah siasat kes kematian kanak-kanak berusia 4 tahun akibat didera di Jabatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan

JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan terdapat kecederaan baharu dan lama di seluruh badan kanak-kanak lelaki empat tahun yang meninggal dunia semalam, dipercayai akibat didera.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata antara kecederaan yang dapat dilihat adalah kesan dicucuh besi panas di seluruh badan mangsa termasuk kemaluan dan digigit di telinga.

"Saya baharu keluar bilik mayat bagi melihat secara ringkas keadaan jenazah dan ia memang amat mendukacitakan.

"Hampir seluruh badan mangsa, dari kepala sampai ke kaki terdapat kecederaan. Kesan-kesan cedera ini mungkin dipukul dan terdapat juga kesan dicucuh api atau benda panas di seluruh badan termasuk kemaluan," katanya ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) hari ini.


Menurut Kamarul Zaman, kanak-kanak malang itu mula dijaga kakak kandungnya yang juga anak ketiga dan anak perempuan sulung daripada 11 beradik, sejak September lalu.

Ia berikutan, kedua-dua ibu bapa dua beradik itu masuk penjara akibat terbabit dalam kes penagihan dan pengedaran dadah.

Pada awalnya, hak penjagaan diberikan kepada datuk saudara mangsa selepas diserahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bagaimanapun datuk saudaranya tidak tahan dengan mangsa yang dikatakan kerap menangis.

Datuk saudara mangsa tidak tahan kerana mangsa selalu menangis, mungkin kerana sakit yang mana apa kita dapati, kanak-kanak ini lahir pramatang dan berdasarkan laporan perubatan, paru-parunya tidak berapa matang menyebabkan dia kurang sihat.

Datuk saudara mangsa menyerahkan semula kanak-kanak ini kepada JKM dan sepanjang jagaan JKM, keadaannya baik dan selamat sebelum diserahkan semula kepada ibunya yang ketika itu sudah dilepaskan.

Bagaimanapun, pada September lalu, ibunya sekali lagi ditahan polis dan hak penjagaan sementara diberikan kepada kakak mangsa yang berusia 19 tahun dan sudah berkahwin dan suaminya berusia 37 tahun.

Kamarul Zaman berkata, polis menahan pasangan suami isteri yang tiada pekerjaan tetap itu bersama tiga lagi rakan kakak mangsa yang semuanya berusia 15 hingga 37 tahun bagi siasatan lanjut.

"Semua suspek ini didapati negatif dadah dan hasil semakan mendapati mereka tiada rekod jenayah lampau," katanya sambil menambah punca kematian masih dalam siasatan memandangkan bedah siasat masih dijalankan ke atas mayat mangsa.

Katanya, jenazah anak bongsu itu akan diserahkan kepada waris yang disahkan JKM untuk urusan pengebumian yang dijangka dilaksanakan di Labis, Segamat.

Pada masa sama, beliau berkata, pihak polis akan membuat siasatan dengan teliti dan memastikan mereka terbabit didakwa.

https://www.bharian.com.my/berit ... panas-seluruh-badan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2022 02:49 PM | Show all posts
pastikan semua dituduh bawah 302. jangan ada yang terlepas.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.461400 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list