CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 284|Reply: 0

[Johor] Lelaki mabuk, positif ganja langgar dua kenderaan ditahan

[Copy link]
Post time 26-12-2022 04:48 PM | Show all posts |Read mode
Johor Bahru: Seorang lelaki dipercayai memandu dalam keadaan mabuk, ditahan selepas melanggar dua kenderaan di Jalan Budiman 2, Taman Sungai Mas dekat Kulai, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow berkata, dalam kejadian kira-kira 8.15 malam, individu berusia 51 tahun dan memandu Proton Saga itu ditahan di lokasi kejadian.

Beliau berkata, lelaki itu melanggar bahagian belakang dua kereta jenis Proton Persona, namun kemalangan itu tidak membabitkan sebarang kecederaan.

"Pada awalnya, anggota polis peronda MPV menerima maklumat mengenai individu itu yang ditangkap oleh orang awam berikutan kemalangan terbabit.


"Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati individu itu disyaki dalam keadaan mabuk dan hasil siasatan mendapati dia melanggar bahagian belakang sebelah kanan dua kereta yang ketika itu berhenti di persimpangan jalan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek positif ganja dan mempunyai rekod jenayah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... a-kenderaan-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.363097 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list